Monday, May 30, 2011
Perkongsian petua dari Dr Fadzilah Kamsah
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa petua yang telah dikongsi oleh seorang rakan yang menyertai satu seminar oleh Dr. Fadzilah Kamsah:
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tidak kira siapa pun. InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki kita.
2. Sebelum tidur juga, panjangkan doa kita kepada Allah. Bergantung kepada apa yang kita hajati, sepanjang waktu tidur, otak kita akan menjana hajat kita dan InsyaAllah kita akan ada semangat untuk mencapainya keesokan hari.
3. Makanlah buah sebelum kita makan makanan utama (sarapan / makan tengahari / makan malam). Amalan ini adalah mengikuti sunnah dan mendapat pahala. Tambahan lagi, pakar pemakaanan membuktikan bahawa, vitamin C dari buah-buahan yang dimakan sebelum pemakanan utama akan diperolehi hampir 100%.
4. Jangan minum air semasa sedang makan makanan utama. Minumlah air hanya 15-30 miniit selepas makan. Untuk minum, teguklah yang pertama dan biarkan air dalam mulut about 10 saat. Kemudian, barulah ia ditelan. Tegukan kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur kita ada enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, and organ dalaman. Ini dibawa oleh air tegukan pertama.
5. Seeolok-eloknya, makan malam sebelum maghrib mengikuti sunnah (Rasulullah makan sebelum Maghrib kecuali bulan Ramadhan ie masa Maghrib) . Ini kerana untuk anak-anak yang sedang belajar, otak akan berfungsi lebih baik lebih kurang 2 jam selepas makan.
6. Jika kita makan pada 8.30 malam, kita hanya boleh mula belajar dalam pukul 10.30 malam dan kemungkinan besar hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Jadi tidak banyak yang boleh dipelajari.
7. Apabila kita makan lewat, kita juga akan tidur dalam kekenyangan yang mana boleh menghindari diri dari membuat sembahyang malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment