Topik :
Keadaan Jirim
Apa yang diperlukan:
Air oren
Aiskrim berperisa oren
Sapu tangan yang dititikkan dengan esen oren
Apa yang perlu dilakukan:
Aktiviti ini dicadangkan oleh seorang rakan guru untuk digunakan sebagai set induksi untuk topik “Tiga keadaan Jirim”. Guru hanya perlu menyediakan objek di atas dan menunjukkan pelajar tiga contoh keadaan jirim dengan menggunakan tiga objek-objek itu.
Untuk menggalakkan interaksi di dalam kelas, sediakan beberapa set. Selepas mereka memerhati dan membuat catatan tentang pemerhatian mereka (kemahiran proses : “memerhati”), bincang bersama-sama tentang persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga objek itu. Ini diikuti dengan perbincangan guru tentang tiga keadaan jirim. Contoh di atas menunjukkan aiskrim perisa oren sebagai “pepejal”, air oren sebagai “cecair” dan sapu tangan berbau oren pula digunakan untuk menunjukkan kehadiran “gas”.
Terima kasih Cikgu Zulaikha atas sumbangan idea ini.
Selamat belajar dan mengajar!
No comments:
Post a Comment