Sunday, June 10, 2012

Fakta Sains : "Mengapakah telur berbentuk bujur?

Mengapakah telur berbentuk bujur? Mungkin ia ini adalah kerana ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan telur berbentuk kiub! Tetapi adakah ini sebab sebenarnya ia berbentuk sedemikian?

Jika telur berbentuk kiub, ia akan menjadi satu struktur yang agak lemah berbanding bentuk bujur. Titik-titik lemah berada di tengah-tengah dinding telur berbentuk kiub itu. Seperti yang dinyatakan tadi juga, ini tidak menyelesakan langsung untuk si pemilik telur itu untuk bertelur.

 

Sejak telur wujud berjuta-juta tahun dahulu, ia sudah mempunyai bentuk yang agak bulat atau hampir sfera. Ini adalah untuk menjadikan proses bertelur lebih mudah.

 

Bentuk yang kuat adalah sfera.Tetapi jika telur adalah sfera, ini akan menimbulkan masalah apabila telur itu keluar. Ada kemungkinan ia akan bergolek menuruni bukit dan tidak akan kelihatan lagi! Jadi satu sebab bahawa telur berbentuk bujur adalah untuknya bergolek di dalam bulatan. Bentuk sebegitu membuatnya bergolek di sekeliling hujung yang tajam sehingga berhenti. Ia akan beransur-ansur berhenti dengan bahagian hujung yang tajam tadi mengadap ke atas.

 

Menariknya, telur burung yang membuat sarang di tebing-tebing tinggi mempunyai telur yang lebih bujur dan kurang sfera jika dibandingkan dengan telur burung yang bersarang di atas tanah. Jika telur itu terkeluar dari sarang dan jatuh ke bawah, ia akan bergolek dengan terhad di dalam bulatan kecil. Sifat ini akan mengurangkan kebarangkalian ia bergolek keluar daripada sarang dan tidak kelihatan lagi! Contoh burung yang mempunyai bentuk telur yang sedemikian ialah Common Murre atau Common Guillemot.

 

Mari kita lihat telur yang mudah didapati, iaitu telur ayam. Jika anda perhatikan sebutir telur ayam dengan lebih dekat, anda akan dapat perhatikan bahawa telur ayam mempunyai hujung yang agak berbeza. Salah satu hujungnya agak tajam berbanding dengan hujung yang satu lagi.

 

Jika anda cuba menjatuhkannya ke bawah rumput tebal, ia akan melantun dan tidak pecah apabila terkena rumput yang lembut itu. Sifat bujur dan hampir sferanya membantu mengelakkannya dari pecah. Semasa ia jatuh pula, telur itu bertukar arah supaya hujung yang runcing akan bertemu tanah dahulu. Bahagian yang runcing itu merupakan bahagian yang lebih kukuh dan aksi ini tidak memecahkan telur itu.

 

Anda boleh menyiasat kekuatan telur dengan hanya menggenggam telur itu dengan menggunakan salah satu tapak tangan anda. Secara amnya, anda akan dapati bahawa, telur tidak dapat dipecahkan kecuali menggunakan teknik yang betul. Tetapi, pastikan anda lakukan eksperimen ini di atas suratkhabar!

Photo credit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhX2vxgQ4AjYEzP517rHCjlldwAD092YSMIcoPqznTzkU2SN4JSzpQ9Zf6WTgdnQoqSnCKei-S7KVbXHmHAyu3v-H8VnZsyUwmkiiMe03Y7rlUh99-VubsU4HalwNu8EZMqy6mu5AoyQxs/s400/eggsgerman2.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibzTjf_hcm_j8Hz_RtOykeqVvCUxP4rE3okzzSoK7U1A4ZX8dpIvEG7e8v3Trrqis-bV8R2f-AtNRcl5oJdgeXmjnXo-Z8ecQ0bLRUsdfpVfL-CTdA9irBMcWeCoaOT09HWOUF4uazrjfQ/s1600/DSC04012.JPG


http://www.nature.com/news/2008/081002/images/egg-2.jpg


http://www.dreamstime.com/bird%26039%3Bs-eggs-in-nest-thumb11442788.jpg


http://cdn2.arkive.org/media/F3/F30B9805-CE3A-4B1F-B5CD-6837F8D86C1A/Presentation.Large/Guillemots-at-nest-on-rocky-ledge-with-egg.jpg


http://www.ens-newswire.com/ens/jul2009/20090720_murreegg.jpg


http://freeimagesarchive.com/data/media/224/natural%2Bchicken%2Begg.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXA6YDOrsP-8nBlrYvffx9BzqqbaulR_uRjBIXsnY5w5AYVhyphenhyphenX48zF4gwzdtzT5U1R9fLaEB07kwIaBdVhpEprZHj47uOqP1t-NozM2AkNwqsoaZWbLSb0aQECdu3ublPLV8pOSaUz198/s1600/Angry-Birds-Golden-Egg+screens.jpg