Saturday, May 21, 2011

Aktiviti Matematik : “Mana mudah..campur atau darab?”

popsicle_sticks-702207 stock-photo-colorful-popsicle-sticks-on-white-background-570897

Topik :

Pendaraban

Apa yang diperlukan:

Satu kotak objek seperti kayu aiskrim

Apa yang perlu dilakukan:

Sebagai aktiviti tambahan untuk mengajar pendaraban, cubalah contoh pendaraban faktor 10 ini.

Sediakan satu kotak kayu aiskrim (atau sebarang objek yang murah dan mudah didapati). Letakkan kesemua kayu aiskrim di atas tikar dan minta pelajar kira jumlah kayu aiskrim. Selepas mereka habis mengira semuanya, minta pelajar susun atau kumpulkan dalam jumlah 10 kayu aiskrim dalam satu kumpulan and minta pelajar nyatakan jawapannya.

Melalui cara ini, pelajar dapat melihat dan mencuba dengan sendiri mengira tanpa pendaraban. Mereka juga dapat melihat dengan sendiri bahawa mengira menggunakan pendaraban adalah cara cepat untuk mengira jumlah besar barang dan seterusnya memanfaatkannya penggunaan pengetahuan ini.

Bincang dengan pelajar bagaimana cara lain untuk kita menggunakan pendaraban dalam pengiraan jumlah kayu aiskrim. Mungkin seseorang akan menyarankan kita membuat satu ikat berjumlah seratus batang aiskrim? Ataupun beberapa ikat berjumlah 5 batang kayu aiskrim setiap ikat?.

Semoga ia menjadi satu aktiviti kinestatik pembelajaran berasaskan masalah yang berguna untuk anda cuba di dalam kelas.

Selamat mengajar dan belajar!

Nota : Minta pelajar untuk kumpulkan kayu aiskrim dan letakkan dalam kotak yang disediakan di dalam kelas. Ada pelbagai aktiiti berguna yang menggunakana kayu ini.

No comments:

Post a Comment