Sunday, May 8, 2011

Memartabat Bahasa Malaysia 2 : “dalam” dan “di dalam”

logo1

Dipetik dan diadaptasi dari Tip Bahasa, mStar, Mac / April 2011

mbmmbi

Kata sendi nama “dalam” membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.

Contoh ayat :

1. Dalam hal ini, kami semua sebulat suara untuk menyokong pendirian Nuyun. (perkara)

2. Dalam keheningan malam, Linda teringatkan kekasihnya yang jauh berada di Kedah.(peristiwa)

3. Ida telah membangkitkan isu itu dalam mesyuarat lepas. (peristiwa)

4. Persoalan itu masih berlegar-legar dalam fikiran Fakhrin.(perkara)

5. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.(bahasa)

Perhatikan juga penggunaan frasa sendi nama “di dalam” sewaktu membina ayat. Penggunaan kata sendi nama “di” di hadapan kata “dalam” di dalam contoh di bawah adalah yang betul. Kata “dalam” ini berfungsi sebagai kata nama arah.

Contoh ayat :

1. Nensi yang sesat mengembara itu telah ditemui jauh di dalam hutan simpan Bukit Nanas.(arah – dalam hutan)

2. Pelawat tidak dibenarkan merokok di dalam muzium sains. (arah – dalam muzium)

3. Semua perantara sains telah diarahkan supaya berkumpul di dalam dewan Galeria 3. (arah – dalam dewan)

4. Tanda harga ada dilekatkan di dalam kotak itu. (arah – dalam kotak)

5. Nyatakan pendapat anda di dalam ruangan soal selidik yang telah disediakan.(arah – dalam ruangan)

Selamat berbahasa!

No comments:

Post a Comment