Tuesday, February 7, 2012

Tip P & P : "Mewujudkan persekitaran yang menyokong pembelajaran"

Suasana yang menyokong pembelajaran di bilik darjah adalah penting supaya pelajar merasa selamat, selesa dan bersedia untuk menerima ilmu. Berikut adalah cadangan tip-tip untuk mencipta persekitaran ini:

1. Mengadakan rundingan bersama pelajar di dalam kelas dan merangka satu peraturan bilik darjah yang dipersetujui oleh semua orang. Matlamat ini peraturan ini memfokus kepada apa yang semua orang boleh lakukan untuk bekerjasama membantu setiap ahli bilik darjah dalam proses pembelajaran di kelas.

2. Pelajar diberi peluang untuk menyatakan apa yang mereka boleh harapkan daripada guru yang mengajar.

3. Wujudnya jangkaan harapan (expectation) yang tinggi dan konsisten selaras dengan keupayaan setiap individu. 

4. Sikap tolak ansur diamalkan jika berlaku kesilapan semasa P&P, malah kesilapan adalah diterima dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang negatif.

5. Pandangan semua orang adalah penting dan patut diberi perhatian.

6. Tiada amalan yang menjatuhkan sesiapa secara peribadi dan bersifat menghina.

7. Pujian yang sepatutnya diberikan kepada individu dan kumpulan yang layak. Berikanlah pujian yang jujur sekerap yang mungkin.

8. Guru tidak dilihat sebagai seseorang yang sentiasa mempunyai jawapan yang betul.

 

2 comments:

  1. azhar ,i just stumbled upon your blog today and being a kindergarten teacher for the past 20 years has been a wonderful journey for me.Last year i attended a 3 week course in KSPK and one of the topics we covered was P&P and much much more . And you article does says the truth about setting up rules as we go along .


    surprisingly my 6 year olds are quite diligent when it comes to rules !!!! they are a set of intelligent little people and for that each day i thank god that i am a teacher .. keep up the good work and the blog too .. ans as for being a book worm as stated in your profile , don't worry i am one too :) on another note , I will be continuing my education in early childhood soon and i know it is going to be a good ride .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Mohon war-warkan bahawa Seminar Sains Prasekolah akan bermula.
    Early Childhood Science Seminar 2015.
    Venue : Faculty Of Education, Universiti Malaya
    Date : 27th June 2015
    Suitable For Teachers To Enhance Science Teaching.
    Certificate Provided In Collabration with Universiti Pendidikan Sultan Idris and NCDRC.
    We Train Hands-on Science Seminar using 5E Instructional Model.
    Science Process Skills and Inquiry Based Learning.
    Conduct by Professional Trainers.
    Mr. John Ooi (Chairman of Kiddo's Science World)
    Prof. Dr. Sopia Md. Yassin (Director of NCDRC)
    Call 019-2778415 (Firdaus) 019-3845864 (Amira) now before 15/06/2015 for a special Discount or email to ks_intellectual@yahoo.com.my or www.facebook.com/ksintellectual
    Thank you

    ReplyDelete