Para saintis telah mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 118 spesies kelawar di seluruh Malaysia. Ini merangkumi pula lebih daripada 10% populasi kelawar sedunia!
Kelawar adalah pemangsa haiwan perosak yang cekap. Beberapa spesies kelawar dilaporkan mampu makan sehingga 600 ekor nyamuk dalam masa sejam!
Bagaimanakah kelawar memburu? Kelawar menggunakan kaedah pengesanan gema (echolocation) semasa memburu. Ketika ia terbang, kelawar menghasilkan bunyi menjerit yang tinggi dan nyaring. Apabila bunyi itu terkena serangga atau sebarang halangan, ianya dipantul kembali kepada kelawar tersebut dalam bentuk gema (echo).
Kaedah pengesanan gema ini atau echolocation membantu kelawar mencari arah dan juga memburu untuk makanannya. Kelawar juga memounyai mata yang kecil. Sebab itulah ia banyak menggunakan telinga berbanding dengan matanya.
Ada ungkapan Bahasa Inggeris yang menyebut, "as blind as a bat", yang juga bermaksud, "buta seperti kelawar". Walaupun ramai orang mengganggap bahawa kelawar itu buta, ini tidak benar sama sekali. Salah satu kelawar yang terbesar di dunia, iaitu keluang, mempunyai deria penglihatan yang sangat baik.
Photo credit:
http://images.nationalgeographic.com/wpf/media-live/photos/000/005/cache/common-vampire-bat_505_600x450.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoSWg6sQeNCm8gqNxCjoJElfc8TZiLr6jiqSFhsd5ytlrNPHxGYcPMS1JpAj7WqgQRup1oAhFjvvycmey2_o8qvsqJQX3xp7UQXLV-VBmPLaXE6kVmc-mbZtCc4T2BzLR78CjLzhyK52A/s1600/jamaican_fruit_bat.jpg
http://becominglayla.com/wp-content/uploads/ngk-bats-bracken-cave_lg.jpg
http://mrsjonesroom.com/pix/echolocation.jpg
http://farm1.static.flickr.com/73/171836102_18b4790983.jpg
No comments:
Post a Comment