Saturday, February 11, 2012

Fakta Sains : "Apakah haiwan yang terkuat di dunia?"

Ada banyak kelebihan menjadi sesuatu makhluk yang kecil.

 

Kelebihan pertama ada kena mengena dengan keselamatan anda. Apabila anda kecil, anda agak sukar kelihatan kepada  semua haiwan yang besar yang mencari anda sebagai makanan! 

Kelebihan kedua adalah berkenaan dengan kelancaran proses biologi anda, Jika anda adalah haiwan yang kecil, makanan yang anda makan dan udara pernafasan anda juga tidak perlu bergerak jauh menuju ke sel -sel dalam badan untuk diproses. 

Kelebihan ketiga ada kena-mengena dengan saiz dan kekuatan. Kita semua tahu bahawa haiwan yang besar lazimnya lebih kuat berbanding dengan haiwan yang kecil. Tetapi adakah kekuatan sesuatu haiwan itu berubah-ubah mengikut saiznya? 

Mari kita pertimbangkan tiga jenis haiwan yang saiznya berbeza seperti kucing, lembu dan gajah. Katakan setiap satunya mempunyai perbezaan saiz dalam kadar kira-kira kuasa sepuluh. 

Jika tulang-tulang pada haiwan ini berubah dengan berkadar terus mengikut saiz keseluruhannya, maka gajah adalah kira-kira 10 kali lebih panjang, 10 kali lebih tinggi dan 10 kali lebih lebar daripada lembu. Ini juga bermakna bahawa gajah adalah 1,000 (10 X 10 X 10) kali lebih berat daripada lembu. Tetapi tulang-tulang kaki gajah hanya menjadi kira-kira 100 (10 X 10) kali lebih kuat sahaja. Ini adalah kerana peningkatan panjang tulang-tulang itu tidak meningkatkan kekuatannya. 

Lain pula halnya dengan haiwan yang kecil. Apabila ia bersaiz kecil, kekuatannya berbanding dengan persekitarannya meningkat dengan mendadak. Ini bermakna manusia, pinjal (flea) dan tikus boleh melompat lebih tinggi daripada gajah. Gajah pula tidak boleh melompat tanpa mencederakan dirinya sendiri.

Rekod dunia untuk acara sukan angkat berat ialah 200 kg. Ini bersamaan dengan berat hampir 3 orang dewasa. Namun begitu, ini adalah agak lemah berbanding dengan dunia haiwan. 

Semut boleh mengangkat sehingga 50 kali berat badannya sendiri.

Kumbang badak pula boleh membawa berat lebih 500 kali berat badannya sendiri. 

Pinjal hanyalah bersaiz beberapa milimeter sahaja tetapi ia mampu melompat sehingga ketinggian 300 mm. Ini sudah menghampiri 100 kali ganda saiznya! 

Fakta-fakta ini agak menakjubkan tetapi kemampuan haiwan-haiwan ini bukan sesuatu yang luar biasa di dalam dunia haiwan.

Photo credit:
http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/11146/11146,1161097905,2/stock-photo-raster-cartoon-depicting-proverb-big-fish-eating-small-fish-2011891.jpg
http://www.colourbox.com/preview/2032622-809294-big-fish-eats-small-cartoon-illustration.jpg
http://help.petsmart.com/size-guide/images/main.jpg
http://images.nationalgeographic.com/wpf/media-live/photos/000/004/cache/african-elephant_435_600x450.jpg
http://www.andytrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2010/02/ATP_100217_0018.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigXYtXSRTE6Cn0MUnwMevO6I6NaUh-IjnqrBZyWl6WP8Q4ejqP-XCfHcBH3yV-xrXmS1PyKS6-P9wl0Dv3TDwhXTGhYavRsDquiTr2NmmBhJHxbSlsCTka6FF-1cW9MDgVaDOliTbAb2co/s1600/Leaf-cutter-ants-Atta-cep-003.jpg
http://4.bp.blogspot.com/--MoUZAvxLCA/TcY4vaE1WWI/AAAAAAAACZU/HHkfzMzYblM/s1600/1.%2BRhinoceros%2BBeetle_thumb%25255B3%25255D.jpg
http://www.kuhnphoto.com/gallery/biology/invertebrates/sg4-2a.jpg
http://www.cartoonstock.com/lowres/jfa1792l.jpg


Nota tambahan:


Khas untuk pembaca yang beragama Islam, moga kita dapat ambil iktibar dari ayat ini:


"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
(Az-Zariyat: 20-21)


No comments:

Post a Comment