Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang perjumpaan empat spesis baru haiwan sumpah-sumpah baru-baru ini. Sumpah-sumpah itu, yang tergolong di dalam spesies cicak, amat istimewa kerana ia adalah reptilia terkecil di dunia. Ia sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada sebatang mancis atau di atas ibu jari anda!
Sebelum ini, pemegang rekod reptilia terkecil di dunia, dipegang oleh satu lagi spesies cicak, Sphaerodactylus ariasae yang juga sejenis dwarf gecko (cicak kerdil). Ia hanya berukuran sepanjang 33 mm.
Spesies yang terkecil di antara empat sumpah-sumpah yang dijumpai itu pula, Brookesia mikro, hanyalah berukuran dalam beberapa puluh millimeter. Ada yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas batang mancis!
Sumpah-sumpah kecil ini telah ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar. Menurut kepada Frank Glaw, yang mengetuai pasukan penyelidik di Zoological State Collection of Munich, ia juga dianggap sebagai satu kes “kesan kekerdilan pulau” (island dwarfism) yang unik. Menurutnya lagi, satu-satunya cara untuk mencari haiwan sumpah-sumpah itu adalah dengan menggunakan lampu picit pada waktu malam kerana haiwan itu akan memanjat pokok-pokok kecil untuk tidur.
Photo credit:
https://community.emc.com/servlet/JiveServlet/showImage/38-3661-32180/madagascar4.jpg
http://www.bvibound.com/wp-content/uploads/2010/02/8Sphaerodactylus.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiymoShpoUXyxzWjJ4_18poL2ThC45CIGMLjNe1QxPFzyEvIJzHQnC_EOmXEtbGyyroJsShM6v4xlQAqfeb96tHgC0WuCgD7kz2IKC6TMQgsMsGnPx5cs8OXbBccKNiY5u04eySSPPSSL3i/s1600/tiniest-chameleon-found-match_48801_600x450.jpg
No comments:
Post a Comment