Tuesday, February 14, 2012

Fakta Sains : "Haiwan apakah yang paling sukar ditemui?"

Haiwan yang paling sukar ditemui (rarest) ialah apabila ia di dalam kategori "sangat terancam" (critically endangered) dan juga apabila hanya satu contoh spesimen sahaja yang masih hidup.  Jika tiada seekor lagi haiwan dari spesies yang sama dan berlainan jantina ditemui, spesies itu tidak lama lagi akan pupus. 

Thylacines atau Tasmanian tigers telah secara rasminya diisytiharkan pupus sejak tahun 1936. Haiwan ini sebenarnya kelihatan seperti seekor anjing berbelang dan tidak serupa langsung dengan seekor harimau. Tasmanian tiger terakhir yang juga dikenali sebagai Benjamin telah meninggal dunia di Zoo Hobart, pulau Tasmania, Australia.

Benjamin kekal sebagai satu-satunya spesies haiwan itu yang dilihat hidup-hidup. Maka, pada masa itu, ia mungkin satu-satunya thylacine yang masih wujud di dunia ini.

Sejak dari hari itu, pelbagai siasatan, ekspedisi, pusat penyelidikan dan pengkalan data telah dijalankan dan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari thylacine. Sejak Benjamin meninggal dunia, lebih 300 kes dilaporkan tentang haiwan ini dilihat. Walau bagaimanapun, tiada satu kes pun yang boleh ditentusahkan sebagai tulen.

Lonesome George ialah nama seekor kura-kura gergasi pulau Pinta. Pada tahun 1972, ia telah dibawa untuk tinggal di Stesen Penyelidikan Charles Darwin di pulau Santa Cruz di sebelah timur Lautan Pasifik. Spesies kura-kura gergasi pulau Pinta disangka telah diburu sehingga mengalami kepupusan sehinggalah Lonesome George ditemui. 

Sehingga kini, Guiness Book of World Records menamakan Lonesome George, yang juga satu-satunya kura-kura gergasi pulau Pinta yang masih hidup, sebagai spesies haiwan yang paling sukar ditemui di dunia!

Photo credit:

http://images.ctv.ca/gallery/photo/weird-and-rare-animals-120124/image0.jpg

http://www.cryptomundo.com/wp-content/thylacine2.jpg

http://www.toptenz.net/wp-content/uploads/2011/04/Lonesome-George.jpg

http://questgarden.com/112/29/5/101106103329/images/EndangeredAnimals.gif

No comments:

Post a Comment