Monday, February 13, 2012

Aktiviti Matematik : "Lontar, menang dan makan!"

Pengenalan

Di dalam aktiviti berbentuk cabaran dan permainan ini, pelajar berpeluang untuk melatih tubi kemahiran operasi tambah dan juga mendapat ganjaran secara langsung!

Topik

Nombor bulat - Operasi Tambah / KBSR Matematik Tahun 1, 2 dan 3

Apakah yang diperlukan?

Kotak

Gula-gula aneka perasa

Kertas berwarna

Apakah yang perlu dilakukan?

1. Gunakan kertas berwarna untuk membungkus gula-gula.

2. Tulis angka-angka secara rawak pada setiap satu bungkusan kecil gula-gula itu.

3. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai sekurang-kurangnya 5 orang.

4. Setiap murid dikehendaki melontar 5 biji bungkusan kecil itu ke dalam kotak.

5. Markah setiap murid dikira berdasarkan hasil tambah nombor yang terdapat pada gula-gula yang berjaya dimasukkan ke dalam kotak.

6. Markah kumpulan dikira berdasarkan hasil tambah daripada markah setiap ahli kumpulan.

7. Kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Tip:

1. Guru boleh sesuaikan aktiviti ini mengikut tahap murid dan juga apa yang hendak dilatih pada sesi hari itu. Contohnya. Jika guru mahu melatih kebolehan operasi tambah dari 1 hingga 10, angka-angka yang ditulis pada bungkusan gula-gula juga seharusnya mempunyai nilai yang agak kecil. 

2. Guru boleh menggunakan ganjaran-ganjaran selain daripada gula-gula seperti bungkusan makanan kecil ataupun coklat untuk memeriahkan permainan ini. 

Semoga ia menjadi satu aktiviti pembelajaran yang berguna dan menyeronokkan untuk anda cuba di kelas!

Selamat mencuba!

Kredit:

Terima kasih kepada Cikgu Junainah Mantai, SK Tanjong Manis, Daro atas perkongsian anda!

Photo credit:

http://math.pppst.com/banner_math_addition.gif

http://blog.richmond.edu/openwidelookinside/files/2009/07/math_sign.jpg

http://sixnt.primaryblogger.co.uk/files/2011/02/sweeties.jpg

http://www.cobbk12.org/sites/literacy/math/DD00802_.gif

No comments:

Post a Comment