Monday, March 5, 2012

Energizer : "Turutan Tepukan Terpantas!"

Pengenalan
Permainan ini adalah sesuatu aktiviti yang bertenaga, menggalakkan daya saing di antara pemain dan berpusatkan semangat berpasukan. Ia juga memberi peluang untuk beberapa pelajar bersorak dengan cara yang sihat dan positif. Walaupun ini nampak seperti sesuatu yang bising dan meriuhkan, saya percaya ini boleh mampu menjadi stress reliever atau pelega tekanan!
Objektif:
1. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk sesi pembelajaran seterusnya.
2. Menggalakkan daya saing yang positif di antara pelajar.
3. Menerapka semangat berpasukan di kalangan pelajar.
Saiz kumpulan:
Semua pelajar di dalam kelas
Barang-barang yang diperlukan:
Pelajar sahaja!
Langkah-langkah:
1. Bahagikan pelajar anda kepada dua kumpulan.
2. Bariskan setiap satu kumpulan supaya mereka berdiri bertentangan di antara satu sama lain.

3. Apabila mereka sudah bersedia, guru akan nyatakan objektif permainan ini iaitu setiap kumpulan dikehendaki bertepuk tangan dengan berturut-turut sepantas yang boleh.
4. Ini dilakukan dengan seperti berikut; orang yang pertama dalam pasukan mesti bertepuk tangan dengan orang yang kedua dengan serentak.
5. Orang yang kedua ini pula akan berpaling kepada orang yang ketiga dan bertepuk tangan dengannya serentak.
6. Ini dilakukan dengan berterusan sehingga sampai kepada orang yang terakhir.
7. Apabila orang yang terakhir bertepuk tangan dengan orang yang sebelumnya, ini adalah kesan riak yang terakhir. Dia dikehendaki mengangkat tangannya dan meneriak "kuih kegemarannya".
8. Ini menandakan yang pasukannya telah berjaya menamatkan turutan tepuk tangan. Pasukan yang pertama berjaya menyebut kuih kegemarannya, dikira sebagai pemenang.
Tip:
1. Jalankan beberapa "warm-up" untuk membenarkan pelajar anda membiasakan diri dengan permainan ini. Ini juga akan membantu permainan ini menjadi lebih mantap.
2. Apabila kedua-dua pasukan telah menunjukkan tahap persaingan yang agak baik, anda boleh bawa permainan ini ke tahap yang seterusnya.
3. Untuk membantu setiap pasukan bergerak dengan lebih cepat, minta mereka semua dalam posisi mencangkung, dengan tangan mereka di dalam keadaan bersedia. Anda akan melihat perbezaan segera dari segi kelajuan mereka kerana mereka kini berada dalam kedudukan bersedia untuk bertindak. Pelajar yang kurang memberi kerjasama juga akan berada pada mod siap sedia supaya pasukan mereka tidak kalah!
4. Galakkan semangat berpasukan dengan meminta ahli pasukan untuk bersorak memberi galakan sebanyak mungkin kepada ahli pasukan.
5. Guru juga boleh menukar susunan pelajar dalam pasukan dan menukar lokasi permainan ini dijalankan. Para pelajar juga akan dapat melihat perbezaan dari segi kepantasan, penumpuan dan juga keinginan untuk berjaya.
Photo credit:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhC7p8virTSPgRBnQgOUa_jBrVF6iLkfeYln6_qOVON4u67tf3YLIwpPT2heU8QolfdpVBoH8yj3UG9tK4FUu8YSQSoPLlK0f_iXzv6ZIII2IuHb6DR5qa97LU4wIphAIpyFm8l8Zh14ZyZ/s1600/hands_clapping.jpg

http://i.istockimg.com/file_thumbview_approve/1337443/2/stock-illustration-1337443-team-work-team-spirit-vector.jpg

http://smallbiztrends.com/wp-content/uploads/2010/01/hands-clapping.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR3Ivc_GMkzrNNB2Zpz2gRhTWF-1PhDSIwAWhry1s-J2_HQLAsInGppix89Dp3TPYu9A1U_O9a58tvH6rONejIr7MEq5DRoNU0hQqTCz4I4t251E9rp2cRk2yRPNWdF5etIwD60GY6Gofg/s1600/shout.png

No comments:

Post a Comment