Sunday, March 11, 2012

Energizer : "10 soalan cepumas!"

Pengenalan
Permainan ini ialah satu permainan yang agak popular. Ia adalah satu aktiviti pemula yang baik terutamanya untuk memfokuskan penumpuan sesuatu kumpulan. Ia bukan sahaja boleh mengasah kemahiran menyoal dengan efektif tetapi juga menggalakkan pelajar bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Objektif:
1. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.
2. Mengasah kemahiran menyoal dengan efektif.
3. Menggalakkan daya saing yang positif di antara pelajar.
4. Menerapkan semangat berpasukan di mana pelajar digalakkan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Saiz kumpulan:
Semua pelajar di dalam kelas
Barang-barang yang diperlukan:
Pelajar sahaja!
Langkah-langkah:
1. Bahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu objek.
3. Apabila giliran kumpulan pertama bermula, kumpulan yang lain boleh bertanya satu soalan berkenaan dengan objek itu.
4. Setiap kumpulan akan bertanya soalan tentang objek itu dengan bergilir-gilir.
5. Kumpulan yang berjaya meneka objek yang dipilih oleh kumpulan pertama akan dikira sebagai pemenang pusingan itu.
6. Kumpulan kedua pula berpeluang untuk memilih objek dan ditanya pula oleh kumpulan yang lain.
7. Permainan ini diteruskan mengikut budi bicara guru.
8. Sebagai contoh, kumpulan anda sebagai kumpulan pertama memilih objek "epal".
9. Sekarang ianya terpulang kepada kumpulan lain untuk meneka dengan berhemah tentang pilihan kumpulan anda. Syaratnya, mereka hanya boleh bertanya soalan yang jawapannya "ya", "mungkin" atau "tidak".
10. Contoh soalan-soalan adalah seperti berikut:
10.1. Adakah ia besar?
10.2. Adakah ia boleh dimakan?
10.3. Adakah ia boleh bergerak?
10.4. Adakah ia berwarna merah?
10.5. Adalah ia mempunyai kaki?
11. Kumpulan yang berjaya meneka "epal" selepas beberapa soalan diajukan akan dikira sebagai pemenang.
12. Guru yang juga bertindak sebagai pengadil hanya membenarkan sehingga 10 soalan setiap objek.
13. Papan skor boleh digunakan untuk menggalakkan unsur persaingan.
Tip:
1. Guru boleh menggunakan aktiviti ini sebagai set induksi. Sebagai contoh, untuk subjek Sains Rendah, topik "Kemandirian Spesies", guru boleh meletakkan sebiji telur dalam kotak. Guru kemudiannya meminta pelajar bertanya soalan yang jawapannya "ya", "mungkin" atau "tidak" tentang objek "misteri" di dalam kotak itu. Pelajar yang berjaya meneka akan diberi ganjaran.
2. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti pemantapan dan juga sebagai satu cara imbasan pembelajaran pada hari itu. Di dalam kes ini, setiap kumpulan hanya boleh memilih objek atau perkara yang berkenaan dengan pembelajaran pada hari itu sahaja.
Selamat mencuba!
Photo credit:
http://www.fresheventure.com/images/TenQuestionsDropshippers.jpg

http://poole.ncsu.edu/i/mgim/weblogs/student-life/teamwork-leadership-thumbnail.jpg

http://www.longislandpress.com/wp-content/uploads/2010/09/36GreenPage.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4_nz7KAzaF-jajToSAX44APllMkM1u2VeLFvyCPsIudPmGDhrDRBNbpxeV2qaPIcrnOIEEWimfuvY_l_spnuAoPVe0kE81y_GGb4lC6zSt3d5YpoFDRV1nqUeQljoKXWZ-P3qrBTvbXg/s1600/10questions.jpg

http://photo-dictionary.com/photofiles/list/452/8134egg.jpg

No comments:

Post a Comment