Harimau bintang hidup di seluruh Afrika dan di Asia Selatan. Ia biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan tompok gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah badannya. Adakah anda tertanya-tanya mengapakah harimau bintang mempunyai corak sedemikian?
Corak tompokan pada bulu harimau bintang membantunya untuk menyembunyikan dirinya di antara pokok-pokok dan belukar. Tanda-tanda yang terang dan gelap di bulunya sepadan dengan tompok cahaya matahari dan bayang-bayang di bawah pohon berdaun. Penyamaran ini berhasil untuk menyembunyikannya dari penglihatan haiwan buruannya. Apabila mangsa sudah berada berdekatan, harimau bintang akan melompat keluar dan mengejutkan mangsanya.
Penyamaran sebegini juga dikenali sebagai camouflage. Ada pelbagai cara haiwan melakukan penyamaran. Fungsinya bukan sahaja untuk membantunya memburu. Ia juga membantu sesetengah haiwan untuk melindungi diri dari pemangsa.
Beberapa jenis haiwan yang hidup di negara-negara sejuk seperti arnab Artik, berwarna coklat pada musim panas dan putih pada musim sejuk. Kelebihan ini menjadikannya sukar untuk dilihat apabila salji putih meliputi tanah.
Photo credit:
http://www.theanimalfiles.com/images/leopard_4.jpg
http://www.wildlife-pictures-online.com/image-files/leopard-spots.jpg
http://conservationreport.files.wordpress.com/2008/10/south-american-leaf-fish1.jpg%3Fw%3D332%26h%3D500
http://farm8.staticflickr.com/7149/6677019495_29cf2225cb_z.jpg
http://www.nhptv.org/wild/images/archar2.jpg
No comments:
Post a Comment