Tuesday, May 1, 2012

Energizer : "1-2-3...4, tangkap!"

Pengenalan

 

Energizer ini telah dikongsi bersama oleh seorang peserta Malaysian Association of Facilitators Conference yang telah diadakan pada bulan March 2012. Ia dicadangkan sebagai satu sebagai aktiviti semasa latihan. Di sini saya cuba adaptasikannya supaya ia juga sesuai digunakan semasa P & P.


 

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pengajaran dan prmbelajaran seterusnya.

2. Sebagai satu aktiviti set induksi untuk subjek sains berkenaan dengan topik koordinasi badan.

3. Aktiviti yang menguji kepantasan kita bertindak juga sesuai untuk mengembalikan fokus pelajar terhadap sesi seterusnya.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar boleh terlibat di dalam permainan ini

Barang-barang yang diperlukan:

Tiada, hanya memerlukan penglibatan pelajar dengan aktif!

Langkah-langkah:

1. Permainan ini mengandungi 4 langkah. Setiap langkah harus ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.

2. Minta pelajar buat satu bulatan besar. Jarak di antara satu sama lain hendaklah sepanjang satu depa.

2. Langkah pertama bermula apabila guru menyebut angka '1' dan berkata, 'HEY!', sekali sahaja. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kanan secara menegak, menudingkan jari mereka ke atas sambil serentak menyebut, 'HEY!'.

3. Di dalam langkah kedua, guru menyebut angka '2' dan berkata, 'HEY!' sebanyak dua kali. Pelajar seterusnya harus mengangkat tangan kiri secara melintang, dengan tapak tangan terbuka sambil serentak menyebut, 'HEY!' sebanyak dua kali.

4. Di dalam langkah ketiga, guru menyebut angka '3' dan berkata, 'HEY!' sebanyak tiga kali. Pelajar seterusnya menurunkan tangan kanan mereka supaya searas dengan tangan kanan. Mereka tetap dalam keadaan menuding jari, cuma jari telunjuk mereka menuding ke bawah pula.

5. Di dalam langkah keempat dan terakhir, guru akan menyebut angka '4'. Tiada lagi sebarang sebutan 'HEY!'. Pada masa ini, pelajar dikehendaki menangkap jari jiran di sebelah kiri mereka dengan tangan kiri dan dalam masa yang sama mengelakkan jari telunjuk mereka di sebelah kanan dari ditamgkap pula oleh jiran yang satu lagi di sebelah kanan.

6. Lakukan beberapa kali. Kelas anda pasti akan riuh-rendah dengan permainan yang menyeronokkan ini!

Tip:

Aktiviti ini juga boleh digunakan sebagai set induksi untuk topik berkenaan koordinasi tubuh badan dan juga penggunaan deria.

Selamat mencuba!

Video credit:

Malaysian Association of Facilitators

 

No comments:

Post a Comment