Pengenalan
Setiap pelajar ada motivasinya sendiri untuk ke sekolah. Ada yang masuk ke bilik darjah teruja untuk melakukan sesuatu dan mencapai kepuasan dalam melakukan tugas. Ada juga yang sukakan keseronokan dalam melakukan sesuatu. “Cabaran Campur aduk” boleh memuaskan hati kedua-dua pihak. Ia adalah satu aktiviti yang mudah dan menyeronokkan. Ia juga adalah satu aktiviti yang baik untuk guru memperkenalkan kandungan pembelajaran pada hari itu.
Objektif:
1. Sebagai satu cara yang menyeronokkan dan mencabar minda pelajar dalam memperkenalkan kandungan pembelajaran pada hari itu.
2. Sebagai satu aktiviti pemula yang baik untuk memfokuskan penumpuan pelajar.
3. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.
4. Apabila pelajar bekerja di dalam kumpulan untuk menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”, ia boleh menerapkan semangat berpasukan di antara pelajar dalam bekerjasama mencapai matlamat yang sama. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan daya saing yang positif di antara kumpulan yang bertanding.
Saiz kumpulan:
Kumpulan kecil seramai tiga orang satu kumpulan
Barang-barangyang diperlukan:
Set lampiran “Cabaran Campur aduk” yang disediakan guru terlebih dahulu.
Langkah-langkah:
1. Semasa permulaan kelas, terangkan bahawa anda akan mulakan kelas dengan aktiviti yang dinamakan “Cabaran Campur aduk”.
2. Jelaskan bahawa “Cabaran Campur aduk” mengandungi senarai perkataan yang mempunyai makna tetapi huruf-hurufnya diCampur adukkan sehingga ia tidak menyerupai perkataan asal.
3. Contohnya, perkataan "S I N S A" sebenarnya adalah "S A I N S" yang telah dicampur adukkan.
4. Susun pelajar ke dalam kumpulan kecil seramai tiga pelajar.
5. Agihkan lampiran “Cabaran Campur aduk”.
6. Jemput pelajar untuk mencuba untuk menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”.
7. Gunakan “Cabaran Campur aduk” untuk memperkenalkan istilah penting yang anda akan gunakan di dalam sesi pembelajaran pada hari itu.
8. Sebagai contoh, untuk topik “Asid dan Alkali”, anda boleh Campur aduk istilah seperti "asid", "alkali", "neutral", "masam", "pahit", "garam" dan sebagainya.
9. Pasukan pertama yang menamatkan cabaran akan diberikan ganjaran!
10. Jika anda suka, anda boleh tamatkan pelajaran anda dengan satu lagi set “Cabaran Campur aduk” . Gunakan istilah yang sama tetapi ia bercampur aduk dengan cara yang lain. Atau anda hanya boleh menggunakan istilah-istilah lain yang telah digunakan sepanjang pengajaran pada hari itu. Ini juga dapat membantu sebagai aktiviti pengukuhan. Melalui aktiviti ini, guru bukan sahaja memberi ganjaran kepada para pelajar yang berjaya menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”; tetapi juga kepada para pelajar yang telah memberi perhatian di dalam kelas!
Tip:
1. Guru boleh menggunakan aktiviti ini sebagai set induksi yang mudah dan menarik.
2. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti pemantapan dan juga sebagai aktiviti imbasan pembelajaran yang lepas.
3. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai cabaran individu sebagai alternatif kepada cabaran berkumpulan.
Selamat mencuba!
Photo credit:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc-kUvsP-LjCop9_5gwMLp1uE757mZNKD4xo4eqASG4dDJieM55NivFabwQG8uP_yIlGGcIHgKAJv2F5hF23aGF-zYkaxaLIUrxVim-xRx4Tn_8cWL2tEIM6A8OH9CMtheYGzAHFRxYdA/s1600/black+and+white+scrambled+words.jpg
http://www.allkidsnetwork.com/worksheets/spring/images/spring-word-scramble.jpg
http://partysupplieshut.com/word-scramble/veterans-day-word-scramble.gif
http://www.thesmilingteacher.com/sight_words_k_list_3_word_scramble.GIF
No comments:
Post a Comment