Thursday, May 24, 2012

Energizer : "Kejar-Padan-Menang!"

Pengenalan

Ini adalah satu aktiviti pemula yang baik terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu topik. Di dalam permainan ini, pelajar diberi tugas di dalam bentuk cabaran yang menyeronokkan. Penyelesaian cabaran ini memerlukan perbincangan dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Menariknya, aktiviti ini adalah bercirikan serbaguna dan mudah diadaptasikan untuk kegunaan P&P. Jika anda berjaya menguasai cara pelaksanaannya, anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk mencapai objektif yang sama, hanya topik sahaja yang berbeza! Untuk memudahkan pemahaman terhadap aktiviti ini, saya menggunakan Topik Sains Tahun 4, “Life Proceses / Proses Hidup” – “Animals Breathe” / ”Haiwan Bernafas” sebagai contoh.

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.

2. Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan.

3. Menggalakkan daya saing yang positif di antara pelajar.

4. Menerapkan semangat berpasukan di mana pelajar digalakkan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar di dalam kelas

Barang-barang yang diperlukan:


Pelajar sahaja!

Kad imbas soalan yang dimasukkan dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN

Kad imbas jawapan yang dimasukkan dalam KOTAK HAIWAN

Langkah-langkah:

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan dikehendaki memilih satu kad imbas dari KOTAK ORGAN PERNAFASAN yang terletak di tengah-tengah kelas.

3. Selepas mengenal pasti gambar pada kad imbas di dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN (contoh : “insang”), kumpulan itu hendaklah mencari padanannya di dalam KOTAK HAIWAN. Di dalam contoh ini, padanan yang betul adalah “ikan”.

Contoh-contoh lain :

peparu (burung, monyet)

kulit lembap (katak, cacing tanah)

buku peparu (kala jengking, labah-labah)

trakea (belalang, pepatung, lipas)

insang (yu, berudu)

4. Selepas mencari padanan, ahli kumpulan itu akan berlari semula ke kumpulannya dan menyerahkan tugas seterusnya kepada ahli kumpulannya yang lain.

5. Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit sahaja untuk bergilir-gilir mencari padanan.

6. Lagi cepat kumpulan itu bergerak dan mencari padanan, lagi cerah peluang kumpulan itu untuk mendapat banyak padanan yang betul dan seterusnya berpeluang memenangi cabaran ini.

7. Apabila tamat masa, guru akan menilai setiap padanan, memberi markah sewajarnya dan memberi ganjaran untuk kumpulan yang menang.

Tip:

1. Aktiviti ini sesuai untuk digunakan sebagai set induksi. Itulah sebabnya masa yang pendek (2 minit) diberikan kepada pelajar untuk bertanding. Apa yang penting ialah perbincangan tentang topik yang hendak disampaikan.

2. Guru boleh mengulangi permainan ini pada akhir waktu sebagai aktiviti pengukuhan, sebagai cara imbasan pembelajaran pada hari itu atau untuk menguji pemahaman pelajar terhadap sesi P&P pada hari itu.

3. Gunakan imej pelbagai untuk aktiviti ini. Imej-imej menarik mudah didapati dari lawan sesawang dan kebanyakannya dibenarkan atas tujuan pendidikan. Untuk padanan “insang” dan “ikan”, dapatkan gambar pelbagai jenis ikan dan berikan sedikit cabaran dengan memasukkan gambar yu, paus, kuda laut dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Photo credit:

http://store.barefootbooks.com/media/catalog/product/cache/1/image/540x425/040ec09b1e35df139433887a97daa66f/M/G/MGLOE---Matching-Life-on-Earth-cover-SOY_W.jpg


http://www.ldsfiles.com/clipart/data/media/33/creation-matching-game.gif


http://3.bp.blogspot.com/_ouIAKLgIbj8/SmAkw4PVkQI/AAAAAAAAFg0/hXdSNbZ7kGI/s400/baby%2Blids%2Bmatching%2Bgame.jpg


http://togetherenglish.com/wp-content/uploads/2011/07/monkey.jpg


http://allaboutfrogs.org/gallery/photos/redeyes/red1.gif


http://www.naturephoto-cz.com/photos/others/scorpion-77971.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-GId4EPheRGI/TrpGvyz_D-I/AAAAAAAADLA/jv3isZBV6Dc/s1600/dragonflies.jpg


http://new-brunswick.net/new-brunswick/sharks/pics/respiration.jpg


http://www.kidslearningstation.com/numbers/images/number-match-game.jpg

 

No comments:

Post a Comment