Saturday, November 10, 2012

How to tell a story–Sean Buvala’s technique

ts2145

Storyteller and coach of storytelling techniques, Sean Buvala, takes us on a quick journey into storytelling tips and learning!

I find his quick technique is quite easy to use, and is practical too. Below is his method to learn a new story:

1. Decide on the story you want to tell.
2. Hand write an outline of the story, episode by episode.
3. Using your own words and the outline you made in #2, write out the complete story by hand or create a storyboard as shown in the video.
4. Use the tool you made in #3 to practice your story aloud and by yourself.
5. Cut out parts of the story that slow the story down.
6. Repeat the story with the new parts and pieces. Don't memorize. See the action in your head.
7. Tell your story to a trusted friend or associate. Ask for *genuine* advice.
8. Add more emotion to your story.
9. Tell your story to an audience. Be confident!

You've just learned your brand-new story. Congrats! Awesome!

seanbuvala_4
For even more coaching on storytelling, please visit www.seantells.com and http://www.storytelling101.com

Here’s the link to the video detailing points above:

http://youtu.be/mOA8mUflH-Q

Photo and video credit:

www.seantells.com

Friday, November 9, 2012

Teaching through Storytelling

0023ae5d932f0b9aa66411

There are many creative ways that teachers can do to motivate their students. One of them is through learning by storytelling technique.

Storyteller Roger Jenkins who has provided storytelling courses for teachers since 1998 says “Storytelling is a powerful tool. Besides learning language, it also allows bonding between children and educators.”

Rogerjenkins

When asked how stories can be used to teach other subjects besides English, he gave an example of a teacher who used a story to teach her students about the rainforest ecosystem in Science class.

The story was about a girl trapped in the rainforest. While she was walking, she noticed the different flora and fauna and even noticed the insects that the animals ate.

The teacher included all the details that she wanted to teach in the story. “The students aced the exam,” Jenkins shares.

“Teachers can use stories to ensure greater retention and understanding because a story gives context to the information rather than just isolated bulletpoints.”

In this 10 minute demo video, one of my favourite storyteller, Roger Jenkins shows how he tell using puppets, cut-outs, pictures (in this case via powerpoint), masks, props, mime, magic, sounds and audience interaction.

http://youtu.be/MOHN1NteQ_M

Photo credit:

chinadaily.com.cn

bookcouncil.sg

ais.com.sg

Sunday, October 28, 2012

Tip P&P #6 | Gunakan komik untuk membantu sesi P&P lebih mudah dan menarik


404656_490934417594241_1107299362_n (1)Apabila anda membaca akhbar, jangan lupa untuk ambil perhatian tentang perkara yang boleh membantu sesi P&P anda. Salah satu contoh ialah komik atau 'comic strip'. Gunakan komik untuk memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Bolehkah anda tafsirkan imej di atas perenggan ini? Fikirkan unsur emas atau aurum (Au) dan kaitkan dengan sejenis ikan peliharaan!

431590_490259697661713_275078772_n

Cari komik lucu yang anda boleh gunakan untuk menggambarkan konsep saintifik. Komik yang tidak berkaitan secara langsung dengan sains juga boleh kita gunakan jika pelajar mampu untuk membuat hubung kait antaran komik dengan apa yang mereka telah pelajari pada hari itu.

581473_490018634352486_1633904586_n

Photo credit:

https://www.facebook.com/IFeakingLoveScience?fref=ts

Saturday, October 27, 2012

Energizer : “Permainan barisan pelbagai”

Pengenalan

californiakindergartenassociation.org

Aktiviti yang mudah ini tidak memerlukan sebarang peralatan langsung. Ia tidak mengambil masa yang lama terutamanya jika pemainnya tergesa-gesa untuk memastikan mereka berjaya mencapai matlamat yang ditentukan. Aktiviti ini pasti akan memberi suntikan kecergasan kepada para pelajar sebelum kita memulakan sesi P&P.

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.
2. Memperkenalkan konsep komunikasi bukan lisan.
3. Menerapkan semangat berpasukan di mana pelajar digalakkan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar di dalam kelas

Barang-barang yang diperlukan:

Pelajar sahaja!

candostreet

Langkah-langkah:

1. Terangkan kepada pelajar bahawa mereka dikehendaki membuat satu barisan tanpa bercakap sepatah perkataan pun! Perkenalkan kepada mereka konsep komunikasi bukan lisan (non-verbal communication).

2. Pelajar boleh menggunakan sebarang pergerakan atau bahasa gerak-geri (body language). Tetapi mereka tidak dibenarkan berkomunikasi secara lisan sama sekali. Pelajar yang berbuat demikian dikira terkeluar dari cabaran dan harus ke tempat duduk mereka.

3. Masa untuk menyelesaikan cabaran bergantung pada budi bicara guru.

4. Mulakan dengan arahan paling mudah iaitu, “Berbaris mengikut ketinggian; yang paling tinggi, hingga yang paling rendah.” Sebaik sahaja permainan ini bermula, selalunya pelajar akan mengukur ketinggian mereka melalui perbandingan di antara rakan-rakan terdekat. Kemudian mereka akan menyusun diri mereka dengan pantas untuk menyelesaikan arahan guru tadi.

5. Seterusnya, gamatkan suasana dan berikan arahan yang lebih mencabar. Contohnya, “berbaris mengikut tarikh lahir” dan “berbaris mengikut susunan abjad nama; yang awal (nama bermula dari huruf `A’) di bahagian depan, dan yang akhir (nama bermula dari huruf `Z’) pula di belakang sekali”.

6. Bagi pelajar yang lebih muda, mulakan dengan lima atau enam orang. Selepas mereka memahami apa yang perlu dilakukan, tambah jumlah pemain.

7. Permainan ini mungkin mengambil masa buat seketika. Tetapi selepas beberapa pusingan, seseorang itu pasti akan cukup bijak untuk mula mengira dengan jari atau mencari kalendar untuk digunakan!

firstday.0804

Tip:

Menariknya, aktiviti ini adalah berciri serbaguna dan mudah diadaptasikan untuk kegunaan P&P. Jika anda berjaya menguasai cara pelaksanaannya, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mengajar topik matematik seperti `pecahan’, `masa dan waktu’ dan `turutan nombor’. Ia juga sesuai untuk digunakan sebagai set induksi untuk topik-topik berkenaan.

Selamat mencuba!

Photo credit:

www.californiakindergartenassociation.org

www.cadostreet.com

www.projects.ajc.com

Thursday, October 25, 2012

Tip P&P #5 | Ambil peluang untuk praktikkan strategi P&P dan usaha penambahbaikan

P9243551Praktikkan teknik yang telah anda pelajari dalam bengkel pembangunan profesionalisme, kursus atau seminar dengan pelajar anda. Rekodkan perincian di dalam log perlaksanaan. Gunakan log ini untuk anda dokumenkan pilihan strategi, masa, tempat dan juga pemerhatian anda. Teknik ini bukan sahaja dapat membantu pelajar anda, ia juga akan membantu anda mempraktik dan membuat penambahbaikan strategi tersebut. Anda juga secara tidak langsung, menyediakan bukti bahawa anda mengamalkan apa yang anda telah pelajari di dalam kursus yang telah anda hadiri.

Wednesday, October 17, 2012

Tip P&P #4 | Tutup sesi dengan ringkasan pembelajaran

sat_picture1-472x263Tutuplah sesi P&P anda pada hari itu dengan meminta pelajar menyatakan tiga ringkasan tentang apa yang mereka telah pelajari. Ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Photo credit:

http://hisdeffectiveteachers.org/

Tuesday, October 16, 2012

Tip P&P#3 | 1-2-3 Beraksi!

Nick-Blog-Pakar pengucapan awam, Dale Carnegie pernah mencadangkan, “Ini adalah zaman dramatisasi. Kebenaran sahaja tidak mencukupi. Ia harus dibentangkan dengan jelas, menarik dan dramatik. Anda harus ada persembahan yang baik. Ia telah dilakukan melalui filem dan radio. Ini harus dilakukan jika anda mahu orang memberikan perhatian.”

Apabila kita beraksi di bilik darjah, berikanlah “persembahan” yang hidup dan penuh semangat. Ini boleh dilakukan dengan lontaran vokal, intonasi yang bersesuaian, gerak gaya yang sesuai dan pergerakan yang tidak statik. Lakukan dengan penuh kejujuran dan bukan seperti dibuat-buat. Ini akan menarik minat pelajar untuk mendengar dan memberi fokus terhadap apa yang kita sampaikan. Walaupun tidak semua di kalangan kita mempunyai bakat semulajadi untuk berbuat demikian, ia merupakan teknik yang boleh dipelajari dan dilatih.

Photo credit:

http://www.tokyois.com/main/?p=3425

Monday, October 15, 2012

Tip P&P#2 | Kaitkan topik dengan cerita menarik

telling_stories

Gunakan petikan cerita dan anekdot untuk mengaitkan topik pembelajaran pada hari itu dengan kehidupan seharian kita. Pilihlah cerita yang relevan dan jika boleh, sesuatu yang pernah dialami atau dilihat oleh para pelajar. Setiap orang sukakan cerita yang menarik. Dengan itu, cuba sampaikan dengan sebaik yang mungkin. Para pelajar akan ingat cerita yang menarik perhatian mereka itu. Seterusnya, ini memudahkan pula untuk mereka mengaitkannya dengan konsep yang dikongsi oleh guru pada hari itu. Ini pasti akan lebih diingati oleh mereka. Jika ia cerita yang lucu, teknik ini pasti akan jadi lebih berkesan!

Photo credit:

http://blogs.warwick.ac.uk/researchexchange/entry/stories_within_stories/

Sunday, October 14, 2012

Tip P&P #1 | Laungkan kata-kata semangat!

ndi_image_tstraus2

Mulakan sesi anda pada hari itu dengan menjemput para pelajar untuk bersama-sama melaungkan kata-kata semangat. Kata-kata pembuka ini dilaungkan dengan kuat dan penuh bertenaga. Apabila pelajar memberi respons bersama-sama, mereka pasti akan ceria, bersikap positif dan seronok untuk sesi seterusnya. Dan apabila para pelajar diberi peluang bersuara pada awal sesi, ia juga akan menggalakkan mereka untuk berinteraksi dengan guru di dalam sesi P&P.

Contohya :

Guru : Adakah kamu sudah bersedia pada hari ini?

Para pelajar : Ya, kami sudah bersedia!

Guru : Bersedia untuk apa?

Pelajar : Bersedia untuk belajar!

Guru dan para pelajar : Marilah kita belajar bersama-sama!

Photo credit:

http://www.nationaldance.org/about_TracyStraus.htm

Sunday, June 10, 2012

Fakta Sains : "Mengapakah telur berbentuk bujur?

Mengapakah telur berbentuk bujur? Mungkin ia ini adalah kerana ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan telur berbentuk kiub! Tetapi adakah ini sebab sebenarnya ia berbentuk sedemikian?

Jika telur berbentuk kiub, ia akan menjadi satu struktur yang agak lemah berbanding bentuk bujur. Titik-titik lemah berada di tengah-tengah dinding telur berbentuk kiub itu. Seperti yang dinyatakan tadi juga, ini tidak menyelesakan langsung untuk si pemilik telur itu untuk bertelur.

 

Sejak telur wujud berjuta-juta tahun dahulu, ia sudah mempunyai bentuk yang agak bulat atau hampir sfera. Ini adalah untuk menjadikan proses bertelur lebih mudah.

 

Bentuk yang kuat adalah sfera.Tetapi jika telur adalah sfera, ini akan menimbulkan masalah apabila telur itu keluar. Ada kemungkinan ia akan bergolek menuruni bukit dan tidak akan kelihatan lagi! Jadi satu sebab bahawa telur berbentuk bujur adalah untuknya bergolek di dalam bulatan. Bentuk sebegitu membuatnya bergolek di sekeliling hujung yang tajam sehingga berhenti. Ia akan beransur-ansur berhenti dengan bahagian hujung yang tajam tadi mengadap ke atas.

 

Menariknya, telur burung yang membuat sarang di tebing-tebing tinggi mempunyai telur yang lebih bujur dan kurang sfera jika dibandingkan dengan telur burung yang bersarang di atas tanah. Jika telur itu terkeluar dari sarang dan jatuh ke bawah, ia akan bergolek dengan terhad di dalam bulatan kecil. Sifat ini akan mengurangkan kebarangkalian ia bergolek keluar daripada sarang dan tidak kelihatan lagi! Contoh burung yang mempunyai bentuk telur yang sedemikian ialah Common Murre atau Common Guillemot.

 

Mari kita lihat telur yang mudah didapati, iaitu telur ayam. Jika anda perhatikan sebutir telur ayam dengan lebih dekat, anda akan dapat perhatikan bahawa telur ayam mempunyai hujung yang agak berbeza. Salah satu hujungnya agak tajam berbanding dengan hujung yang satu lagi.

 

Jika anda cuba menjatuhkannya ke bawah rumput tebal, ia akan melantun dan tidak pecah apabila terkena rumput yang lembut itu. Sifat bujur dan hampir sferanya membantu mengelakkannya dari pecah. Semasa ia jatuh pula, telur itu bertukar arah supaya hujung yang runcing akan bertemu tanah dahulu. Bahagian yang runcing itu merupakan bahagian yang lebih kukuh dan aksi ini tidak memecahkan telur itu.

 

Anda boleh menyiasat kekuatan telur dengan hanya menggenggam telur itu dengan menggunakan salah satu tapak tangan anda. Secara amnya, anda akan dapati bahawa, telur tidak dapat dipecahkan kecuali menggunakan teknik yang betul. Tetapi, pastikan anda lakukan eksperimen ini di atas suratkhabar!

Photo credit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhX2vxgQ4AjYEzP517rHCjlldwAD092YSMIcoPqznTzkU2SN4JSzpQ9Zf6WTgdnQoqSnCKei-S7KVbXHmHAyu3v-H8VnZsyUwmkiiMe03Y7rlUh99-VubsU4HalwNu8EZMqy6mu5AoyQxs/s400/eggsgerman2.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibzTjf_hcm_j8Hz_RtOykeqVvCUxP4rE3okzzSoK7U1A4ZX8dpIvEG7e8v3Trrqis-bV8R2f-AtNRcl5oJdgeXmjnXo-Z8ecQ0bLRUsdfpVfL-CTdA9irBMcWeCoaOT09HWOUF4uazrjfQ/s1600/DSC04012.JPG


http://www.nature.com/news/2008/081002/images/egg-2.jpg


http://www.dreamstime.com/bird%26039%3Bs-eggs-in-nest-thumb11442788.jpg


http://cdn2.arkive.org/media/F3/F30B9805-CE3A-4B1F-B5CD-6837F8D86C1A/Presentation.Large/Guillemots-at-nest-on-rocky-ledge-with-egg.jpg


http://www.ens-newswire.com/ens/jul2009/20090720_murreegg.jpg


http://freeimagesarchive.com/data/media/224/natural%2Bchicken%2Begg.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXA6YDOrsP-8nBlrYvffx9BzqqbaulR_uRjBIXsnY5w5AYVhyphenhyphenX48zF4gwzdtzT5U1R9fLaEB07kwIaBdVhpEprZHj47uOqP1t-NozM2AkNwqsoaZWbLSb0aQECdu3ublPLV8pOSaUz198/s1600/Angry-Birds-Golden-Egg+screens.jpg

Saturday, May 26, 2012

Aktiviti Sains : "Mari bermain Kejar-Padan-Menang dan pelajari tentang haiwan dan struktur pernafasannya!”

Pengenalan

Ini adalah satu aktiviti pemula yang baik terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu topik yang berasaskan pelbagai pasangan padanan jawapan yang betul. Contoh yang baik adalah topik seperti struktur pernafasan haiwan. Di dalam permainan ini, pelajar diberi tugas di dalam bentuk cabaran yang menyeronokkan. Penyelesaian cabaran ini memerlukan perbincangan dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Apa yang diperlukan?

Penglibatan pelajar dengan aktif

Kad imbas soalan yang dimasukkan dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN

Kad imbas jawapan yang dimasukkan dalam KOTAK HAIWAN

Apa yang perlu dibuat?

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan dikehendaki memilih satu kad imbas soalan dari KOTAK ORGAN PERNAFASAN yang terletak di tengah-tengah kelas.

3. Selepas mengenal pasti gambar pada kad imbas soalan yang dicabut daripada KOTAK ORGAN PERNAFASAN (contoh : “insang”), kumpulan itu hendaklah mencari padanannya di dalam KOTAK HAIWAN. KOTAK HAIWAN mengandungi pelbagai kad imbas jawapan.Di dalam contoh ini, padanan yang betul adalah kad imbas jawapan “ikan”.

4. Selepas mencari padanan, ahli kumpulan itu akan berlari semula ke kumpulannya dan menyerahkan tugas seterusnya kepada ahli kumpulannya yang lain pula.

5. Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit sahaja untuk bergilir-gilir mencari padanan.

6. Lagi cepat kumpulan itu bergerak dan mencari padanan, lagi cerah peluang kumpulan itu untuk mendapat banyak padanan yang betul dan seterusnya berpeluang memenangi cabaran ini.

7. Apabila tamat masa, guru akan menilai setiap padanan, memberi markah sewajarnya dan memberi ganjaran untuk kumpulan yang menang.

8. Aktiviti ini sesuai untuk digunakan sebagai set induksi. Itulah sebabnya masa yang pendek (2 minit) diberikan kepada pelajar untuk bertanding. Apa yang penting ialah perbincangan tentang topik yang hendak disampaikan.

9. Guru boleh mengulangi permainan ini pada akhir waktu sebagai aktiviti pengukuhan, sebagai cara imbasan pembelajaran pada hari itu atau untuk menguji pemahaman pelajar terhadap sesi P&P pada hari itu.

10. Gunakan imej pelbagai untuk aktiviti ini. Imej-imej menarik mudah didapati dari lawan sesawang dan kebanyakannya dibenarkan atas tujuan pendidikan. Untuk padanan “insang” dan “ikan”, dapatkan gambar pelbagai jenis ikan dan berikan sedikit cabaran dengan memasukkan gambar yu, paus, kuda laut dan sebagainya.

Pengisian sains

Seperti mana manusia, haiwan juga mempunyai proses hidup seperti bernafas, berkumuh, bernyahtinja dan membiak. Proses-proses ini penting untuk kemandirian spesies haiwan.

Salah satu daripada proses itu ialah pernafasan. Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup. Di dalam proses ini, ia menyedut gas oksigen dan menghembus gas karbon dioksida dan wap air.

Walaupun proses ini melibatkan gas yang sama, haiwan yang berbeza mempunyai sistem pernafasan yang berbeza. Lima struktur pernafasan haiwan ialah peparu (lungs), kulit lembap (moist skin), buku / kuras peparu (lung book), struktur trakea (tracheal structure) dan insang (gills).

Sistem pernafasan menggunakan peparu banyak digunakan oleh kebanyakan haiwan darat seperti monyet, ular, burung dan buaya. Walau bagaimanapun, ada juga haiwan akuatik yang menggunakan sistem pernafasan yang sama. Contoh haiwan-haiwan ini ialah ikan lumba-lumba, ikan paus dan juga penyu. Ilustrasi di bawah menunjukkan sistem pernafasan tikus.

Sistem pernafasan menggunakan peparu dan kulit lembap pula digunakan oleh haiwan seperti katak, kodok dan salamander. Cacing pula bernafas hanya dengan melalui kulit lembap. Melalui sistem ini, gas oksigen meresap masuk menerusi kulit yang lembap dan nipis dan terus ke dalam badan haiwan itu.

Sistem pernafasan menggunakan buku / kuras peparu banyak digunakan oleh haiwan seperti labah-labah dan kala jengking. Struktur pernafasan haiwan-haiwan ini kelihatan seperti helaian muka surat pada sebuah buku!

Sistem pernafasan menggunakan struktur trakea pula digunakan oleh serangga seperti pepatung, lipas, rama-rama dan belalang. Sistem trakea membawa udara masuk secara terus ke sel-sel badan serangga. Melalui sistem pernafasan ini, udara masuk ke dalam tiub udara melalui liang-liang halus bernama spirakel. Melalui liang yang sama, karbon dioksida akan keluar dari badan haiwan itu.

Sistem pernafasan menggunakan insang pula banyak digunakan oleh kebanyakan haiwan akuatik. Contoh-contoh haiwan yang menggunakan insang ialah ikan, ketam, udang, sotong dan berudu. Melalui sistem pernafasan ini, air yang masuk ke dalam mulut haiwan itu, mengalir ke insang. Gas oksigen yang dibawa bersama akan diserap oleh insang yang kemudiannya membebaskan gas karbon dioksida ke dalam air.

Tahukah anda?

Kita pasti terkejut melihat aksi-aksi seperti lipas yang masih hidup walaupun tiada kepala. Begitu juga dengan belalang yang masih boleh bergerak walaupun kepalanya direndam di dalam air. Kejadian ini seolah-olah seperti adegan di dalam filem seram! Bagaimanakah ini terjadi?

Sudah tentunya haiwan seperti belalang dan lipas tidak mempunyai sistem pernafasan yang sama seperti kita. Melalui sistem trakea, pernafasan berlaku bukan di kepala kedua-dua haiwan itu. Ini adalah satu contoh mudah yang menunjukkan bahawa pengetahuan sains boleh membantu kita memahami pelbagai kejadian aneh di sekeliling kita.

Cubalah!

Menariknya, aktiviti ini adalah berciri serbaguna dan mudah diadaptasikan untuk pelbagai topik. Jika anda berjaya menguasai cara pelaksanaannya, anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk mencapai manfaat yang sama, cuma topik sahaja yang berbeza!

Contohnya, untuk sub-topik “Haiwan membiak”, gunakan kad-kad imbasan soalan bagi kotak CARA MEMBIAK seperti “melahirkan anak” dan “bertelur”. Padanannya pula ialah kad-kad imbasan jawapan bagi kotak HAIWAN seperti “kucing”, “kanggaru”, “singa”, “ikan paus”, “ayam”, “penguin”, “kupu-kupu”, “katak” dan “penyu”.

Di dalam contoh di atas, pelajar akan mengambil kad imbasan soalan “melahirkan anak” dan mencari padanan yang betul dari kad imbasan jawapan seperti “kucing”. Mudah bukan?

Kurikulum sekolah

Year 4 / Investigating Living Things / Life Processes / Life Processes of Animals / Animals Breathe

Year 4 / Investigating Living Things / Life Processes / Life Processes of Animals / Animals Reproduce

Selamat mencuba!

Photo credit:

http://bestappsforkids.com/blog/wp-content/uploads/2010/09/giraffes-matching-zoo-ipod-app-1.jpg


http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/biobk/gasexch2.gif


http://images.tutorvista.com/content/animal-morphology/rat-respiratory-system.jpeg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidg4CjVK3-Gl0HR66pO40FIc4-6L3isSyjkeHiMvQjqTh0vMrpOFVocGLBQh6TK_Wig3_qTkB2ZHXC7BiNVD6kSqCPZXg18iYYFLTOFCMr1W55LZPcAHRHcoSJgl7vzHWxma0AB8fClh6V/s400/Earthworms%255B1%255D.jpg


http://www.hispanicallyspeakingnews.com/uploads/images/article-images/cuba_scorpion_cancer.jpg


http://ednieuw.home.xs4all.nl/Spiders/InfoNed/longingangen.jpg


http://www.findaspider.org.au/info/images/booklungs.jpg


http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/148792/148792,1204827221,3/stock-photo-big-green-grashopper-sitting-on-a-yellow-flower-10103980.jpg


http://163.16.28.248/bio/activelearner/44/images/ch44c4.jpg


http://earthguide.ucsd.edu/fishes/kinds/images/gill1.jpg


http://www.sci.sdsu.edu/classes/bio100/Lectures/Lect16/Image266.gif


http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/pfo/lowres/pfon282l.jpg

Thursday, May 24, 2012

Energizer : "Kejar-Padan-Menang!"

Pengenalan

Ini adalah satu aktiviti pemula yang baik terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu topik. Di dalam permainan ini, pelajar diberi tugas di dalam bentuk cabaran yang menyeronokkan. Penyelesaian cabaran ini memerlukan perbincangan dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Menariknya, aktiviti ini adalah bercirikan serbaguna dan mudah diadaptasikan untuk kegunaan P&P. Jika anda berjaya menguasai cara pelaksanaannya, anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk mencapai objektif yang sama, hanya topik sahaja yang berbeza! Untuk memudahkan pemahaman terhadap aktiviti ini, saya menggunakan Topik Sains Tahun 4, “Life Proceses / Proses Hidup” – “Animals Breathe” / ”Haiwan Bernafas” sebagai contoh.

Objektif:

1. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.

2. Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan.

3. Menggalakkan daya saing yang positif di antara pelajar.

4. Menerapkan semangat berpasukan di mana pelajar digalakkan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Saiz kumpulan:

Semua pelajar di dalam kelas

Barang-barang yang diperlukan:


Pelajar sahaja!

Kad imbas soalan yang dimasukkan dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN

Kad imbas jawapan yang dimasukkan dalam KOTAK HAIWAN

Langkah-langkah:

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan dikehendaki memilih satu kad imbas dari KOTAK ORGAN PERNAFASAN yang terletak di tengah-tengah kelas.

3. Selepas mengenal pasti gambar pada kad imbas di dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN (contoh : “insang”), kumpulan itu hendaklah mencari padanannya di dalam KOTAK HAIWAN. Di dalam contoh ini, padanan yang betul adalah “ikan”.

Contoh-contoh lain :

peparu (burung, monyet)

kulit lembap (katak, cacing tanah)

buku peparu (kala jengking, labah-labah)

trakea (belalang, pepatung, lipas)

insang (yu, berudu)

4. Selepas mencari padanan, ahli kumpulan itu akan berlari semula ke kumpulannya dan menyerahkan tugas seterusnya kepada ahli kumpulannya yang lain.

5. Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit sahaja untuk bergilir-gilir mencari padanan.

6. Lagi cepat kumpulan itu bergerak dan mencari padanan, lagi cerah peluang kumpulan itu untuk mendapat banyak padanan yang betul dan seterusnya berpeluang memenangi cabaran ini.

7. Apabila tamat masa, guru akan menilai setiap padanan, memberi markah sewajarnya dan memberi ganjaran untuk kumpulan yang menang.

Tip:

1. Aktiviti ini sesuai untuk digunakan sebagai set induksi. Itulah sebabnya masa yang pendek (2 minit) diberikan kepada pelajar untuk bertanding. Apa yang penting ialah perbincangan tentang topik yang hendak disampaikan.

2. Guru boleh mengulangi permainan ini pada akhir waktu sebagai aktiviti pengukuhan, sebagai cara imbasan pembelajaran pada hari itu atau untuk menguji pemahaman pelajar terhadap sesi P&P pada hari itu.

3. Gunakan imej pelbagai untuk aktiviti ini. Imej-imej menarik mudah didapati dari lawan sesawang dan kebanyakannya dibenarkan atas tujuan pendidikan. Untuk padanan “insang” dan “ikan”, dapatkan gambar pelbagai jenis ikan dan berikan sedikit cabaran dengan memasukkan gambar yu, paus, kuda laut dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Photo credit:

http://store.barefootbooks.com/media/catalog/product/cache/1/image/540x425/040ec09b1e35df139433887a97daa66f/M/G/MGLOE---Matching-Life-on-Earth-cover-SOY_W.jpg


http://www.ldsfiles.com/clipart/data/media/33/creation-matching-game.gif


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmmMGWfHiew-mneCk2nEG5uFQbmtrTjeBNq-rGaLXdfkSIXviRtaZTMKniq4ZXr0Se0_HVsDtCRGNTWzdWsvldzC6LgO4QPpcCX94w1AAi5TtPb2cqOnJ94C9JYxI8JNskPEjWM3ohMFuy/s400/baby+lids+matching+game.jpg


http://togetherenglish.com/wp-content/uploads/2011/07/monkey.jpg


http://allaboutfrogs.org/gallery/photos/redeyes/red1.gif


http://www.naturephoto-cz.com/photos/others/scorpion-77971.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifQFq9pezke6qJNfSk6h9PAD6QtZR0w1mrK18s58WffE-gq_Uq9gTsoRAvPmJix1O03KC_gtk1cTAHcYVN4DKWXWXAru0zSq7EOIPQAGm2Tc9jaHLvUFmz0SFWY3IdK8cyC-Z54I-1VLQ/s1600/dragonflies.jpg


http://new-brunswick.net/new-brunswick/sharks/pics/respiration.jpg


http://www.kidslearningstation.com/numbers/images/number-match-game.jpg

 

Friday, May 18, 2012

Energizer : "Cabaran Campur aduk!"

Pengenalan

Setiap pelajar ada motivasinya sendiri untuk ke sekolah. Ada yang masuk ke bilik darjah teruja untuk melakukan sesuatu dan mencapai kepuasan dalam melakukan tugas. Ada juga yang sukakan keseronokan dalam melakukan sesuatu. “Cabaran Campur aduk” boleh memuaskan hati kedua-dua pihak. Ia adalah satu aktiviti yang mudah dan menyeronokkan. Ia juga adalah satu aktiviti yang baik untuk guru memperkenalkan kandungan pembelajaran pada hari itu.

Objektif:

1. Sebagai satu cara yang menyeronokkan dan mencabar minda pelajar dalam memperkenalkan kandungan pembelajaran pada hari itu.

2. Sebagai satu aktiviti pemula yang baik untuk memfokuskan penumpuan pelajar.

3. Sebagai satu aktiviti yang bertenaga untuk menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya.

4. Apabila pelajar bekerja di dalam kumpulan untuk menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”, ia boleh menerapkan semangat berpasukan di antara pelajar dalam bekerjasama mencapai matlamat yang sama. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan daya saing yang positif di antara kumpulan yang bertanding.

Saiz kumpulan:

Kumpulan kecil seramai tiga orang satu kumpulan


Barang-barangyang diperlukan:

Set lampiran “Cabaran Campur aduk” yang disediakan guru terlebih dahulu.

Langkah-langkah:

1. Semasa permulaan kelas, terangkan bahawa anda akan mulakan kelas dengan aktiviti yang dinamakan “Cabaran Campur aduk”.

2. Jelaskan bahawa “Cabaran Campur aduk” mengandungi senarai perkataan yang mempunyai makna tetapi huruf-hurufnya diCampur adukkan sehingga ia tidak menyerupai perkataan asal.

3. Contohnya, perkataan "S I N S A" sebenarnya adalah "S A I N S" yang telah dicampur adukkan.

4. Susun pelajar ke dalam kumpulan kecil seramai tiga pelajar.

5. Agihkan lampiran “Cabaran Campur aduk”.

6. Jemput pelajar untuk mencuba untuk menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”.

7. Gunakan “Cabaran Campur aduk” untuk memperkenalkan istilah penting yang anda akan gunakan di dalam sesi pembelajaran pada hari itu.

8. Sebagai contoh, untuk topik “Asid dan Alkali”, anda boleh Campur aduk istilah seperti "asid", "alkali", "neutral", "masam", "pahit", "garam" dan sebagainya.

9. Pasukan pertama yang menamatkan cabaran akan diberikan ganjaran!

10. Jika anda suka, anda boleh tamatkan pelajaran anda dengan satu lagi set “Cabaran Campur aduk” . Gunakan istilah yang sama tetapi ia bercampur aduk dengan cara yang lain. Atau anda hanya boleh menggunakan istilah-istilah lain yang telah digunakan sepanjang pengajaran pada hari itu. Ini juga dapat membantu sebagai aktiviti pengukuhan. Melalui aktiviti ini, guru bukan sahaja memberi ganjaran kepada para pelajar yang berjaya menyelesaikan “Cabaran Campur aduk”; tetapi juga kepada para pelajar yang telah memberi perhatian di dalam kelas!

Tip:

1. Guru boleh menggunakan aktiviti ini sebagai set induksi yang mudah dan menarik.

2. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti pemantapan dan juga sebagai aktiviti imbasan pembelajaran yang lepas.

3. Guru juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai cabaran individu sebagai alternatif kepada cabaran berkumpulan.

Selamat mencuba!

Photo credit:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc-kUvsP-LjCop9_5gwMLp1uE757mZNKD4xo4eqASG4dDJieM55NivFabwQG8uP_yIlGGcIHgKAJv2F5hF23aGF-zYkaxaLIUrxVim-xRx4Tn_8cWL2tEIM6A8OH9CMtheYGzAHFRxYdA/s1600/black+and+white+scrambled+words.jpg


http://www.allkidsnetwork.com/worksheets/spring/images/spring-word-scramble.jpg


http://partysupplieshut.com/word-scramble/veterans-day-word-scramble.gif


http://www.thesmilingteacher.com/sight_words_k_list_3_word_scramble.GIF

 

Sunday, May 13, 2012

Fakta Sains : "Bagaimana ikan buntal mengembungkan diri untuk menyelamatkannya dari pemangsa?"

Ikan buntal juga dikenali sebagai "pufferfish" atau "blowfish". Ahli saintis berpendapat bahawa ikan buntal membangunkan keupayaan untuk mengembungkan dirinya sebagai adaptasi keselamatan diri. Ini seterusnya dapat memastikan kemandirian spesiesnya. Adaptasi ini dipercayai perlu kerana sifat ikan itu yang kurang pantas, agak cemerkap dan membuatkannya terdedah kepada ancaman pemangsa. 

Apabila berhadapan dengan ancaman, ikan buntal akan menggunakan perutnya yang sangat elastik dan keupayaanya menelan sejumlah besar air (dan udara apabila perlu) dengan cepat. Tindakan ini menjadikan dirinya seperti bebola besar yang berganda saiznya. Saiz yang besar itu seterusnya mampu menakutkan pemangsa. Beberapa spesies juga mempunyai duri pada kulit mereka untuk menambah kegerunan untuk pemangsa.

Pemangsa yang berjaya memakan ikan buntal sebelum ia mengembung pula mungkin tidak akan hidup lama. Hampir semua ikan buntal mengandungi tetrodotoxin. Ia adalah sejenis bahan kimia yang membuatkan ikan itu kurang enak dan boleh membawa maut kepada pemangsanya. Walau bagaimanapun, bukan semua pemangsa takut kepada ancaman ikan buntal. Sesetengah pemangsa seperti jerung harimau (tiger shark) dan ular laut, tidak gentar dengan kehadiran toksin semulajadi ikan buntal.

Kepada manusia pula, tetrodotoxin adalah sesuatu yang boleh membawa maut. Ia adalah sehingga 1,200 kali ganda lebih beracun daripada sianida. Seekor ikan buntal mempunyai toksin yang mencukupi untuk membunuh sejumlah tiga puluh orang manusia dewasa. Lebih menakutkan lagi apabila tiada penawar pula yang diketahui.

Peliknya, ikan buntal juga dianggap sebagai makanan istimewa. Ia dikenali sebagai fugu di Jepun. Ia sangat mahal dan hanya disediakan oleh chef terlatih dan berlesen sahaja. Pakar- pakar profesional ini sahaja yang mampu memotong dan menyiang ikan itu supaya tidak membahayakan penggemar ikan itu. Namun begitu, banyak kematian akibat termakan racun ikan buntal dilaporkan setiap tahun.

Photo credit:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjpLOKwNEmuhFfjF6K_yv29UACCSQuCwXitaS-2U02L3LcxKjGGYjZLkp4z1SohMAXir_hE5MCBmWTtUl5yOMFIuPhdUU3GzrwSBY15IDVJQypZmVtM68IHRT-jN7TSxJHGba1IRJAdeI/s1600/puffer_fish_2.jpg


http://www.enchantedlearning.com/pgifs/Pufferfish_bw.GIF


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhspYAw7l8Slep61mQrm2rppdBgxGK606hYSU6yzysJgNifOf4S8JZilfgRaWiEz3DaEJhuiflWSPGhH1Zzrr3aA8WFGkhFgEjM3u7SBuiEN6r_-unk4hTXdUk73pTilyesrlKRvXlTQ14/s1600/puffer_fish_3.jpg


http://home.earthlink.net/~zh32/tet.gif


http://www.thecutereport.com/wp-content/uploads/2007/09/pic_754591001187533810.jpg


http://www.diseno-art.com/images/fugu.jpg