Apabila anda membaca akhbar, jangan lupa untuk ambil perhatian tentang perkara yang boleh membantu sesi P&P anda. Salah satu contoh ialah komik atau 'comic strip'. Gunakan komik untuk memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Bolehkah anda tafsirkan imej di atas perenggan ini? Fikirkan unsur emas atau aurum (Au) dan kaitkan dengan sejenis ikan peliharaan!
Cari komik lucu yang anda boleh gunakan untuk menggambarkan konsep saintifik. Komik yang tidak berkaitan secara langsung dengan sains juga boleh kita gunakan jika pelajar mampu untuk membuat hubung kait antaran komik dengan apa yang mereka telah pelajari pada hari itu.
Photo credit:
No comments:
Post a Comment