Diadaptasi dari ruangan Tip Bahasa, mStar 30 Oktober 2011
Kata Pembenar
Kata Pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan
Kata Pembenar yang selalu digunakan ialah 'betul', 'benar' dan 'ya'.
Contoh:
1. Betul, beginilah caranya untuk menyidai kain, kata Ayu kepada anaknya.
2. Benar, merekalah yang saya lihat mengambil makanan majlis untuk dibawa balik ke rumah.
3. Ya, saya berjanji akan datang kerja esok, walaupun saya hanya seorang sukarelawan.
Sekian. Selamat berbahasa!
No comments:
Post a Comment