Kata bantu
Kata bantu digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan ataupun perlakuan yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh kantu bantu ialah : boleh, harus, dapat, hendak, mesti, belum, akan, masih, telah
Contoh:
1. Antologi puisi Encik Nai boleh didapati di semua kedai buku sekolah.
2. Kamu harus menjawab kesemua soalan ini di dalam masa 10 minit.
3. Ibu telah dapat membeli sayur kegemarannya di pasar borong.
4. Juslyn hendak minum teh kundur esok malam di rumahnya.
5. Sup ini mesti dimasak sebelum malam ini.
6. Bonus tahun ini belum diagihkan lagi kepada para pekerja.
7. Farah akan melaksanakan kerja yang diberi oleh Kak Wan sebelum ke Sarawak.
8. Jiran saya sedang berkaraoke dan masih belum habis memanggil hujan.
9. Rombongan delegasi kawan-kawan jiran saya telah tiba sejak pukul 8 malam lagi.
Selamat berbahasa Malaysia!
No comments:
Post a Comment