Pose menarik dari Weta Gergasi
Serangga terberat di dunia merupakan spesies serangga bernama Weta Gergasi. Weta Gergasi ialah spesis serangga seakan-akan seperti cengkerik dan ia boleh dijumpai di Pulau Little Barrier, New Zealand. Ia telah pupus di tanah besar New Zealand selepas peneroka Eropah pertama dengan tidak sengaja memperkenalkan tikus masuk ke kepulauan itu.
Pada tahun 2011, seorang pencinta alam sekitar, Mark Moffett, telah menemui spesies Weta yang bersayap selebar 7 inci dan seberat 71 gram dengan saiznya tiga kali ganda daripada seekor tikus. Ia diisytiharkan sebagai serangga terberat di dunia!
Ada spesis saya yang sama berat dengan tiga ekor cik tie
Weta Gergasi membesar ke tahap yang menakjubkan disebabkan oleh satu fenomena yang dikenali sebagai “kesan keraksaksaan pulau” atau “island gigantism”. Kesan keraksaksaan merupakan satu pertumbuhan sesuatu organ atau keseluruhan organisma yang melampaui saiz biasa. Organisma ini tumbuh lebih besar daripada spesies yang berada di tanah besar kesan dari faktor pengasingan (isolation) dan kurangnya pemangsa.
Ada lebih daripada 70 jenis spesies Weta. Berita baik untuk anda semua, Weta Gergasi hanya memakan tumbuhan, serangga kecil dan buah-buahan dan ia hanya ditemui di kawasan terpencil di New Zealand!
Yum..yumm..saya lebih suka lobak merah dari jari anda
Photo credit:
http://www.sciencephoto.com/image/368584/large/Z3050270-Giant_weta-SPL.jpg
http://www.sciencephoto.com/image/368585/large/Z3050271-Giant_weta-SPL.jpg
http://isc.astro.cornell.edu/~spoon/pics/3mice.jpg
http://www.butterflycreek.co.nz/images/bugsWetaHand.jpg
http://infoloft.com/wp-content/uploads/2011/12/1211210766_giant-weta-deinacrida-heteracantha.jpg
No comments:
Post a Comment