Wednesday, January 25, 2012

Fakta Sains : "Coelacanth, fosil yang hidup"

Ikan Coelacanth kadangkala dikenali juga sebagai "fosil hidup". Ia adalah sejenis ikan purba yang dipercayai telah pupus 80 juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1938, seorang nelayan telah menangkap seekor Coelacanth di Lautan Hindi. Sejak dari hari itu, beberapa penangkapan Coelacanth telah dilaporkan. Antara spesimen itu termasuklah seekor Coelacanth sepanjang 6 kaki dan seberat lebih daripada 90 kilogram! Ahli saintis berpendapat bahawa ikan purba ini hidup di dalam gua di dasar lautan.


Adakah Coelacanth ini hidup dari zaman prasejarah sehingga ke hari ini?

Bumi telah mengalami peristiwa kepupusan besar-besaran (mass extinction events). Ini mengakibatkan keseluruhan kategori organisma yang pada satu masa dahulu agak biasa kewujudannya, akan menjadi pupus sama sekali. Contohnya ialah trilobit yang pada masa dahulunya agak biasa tetapi pada suatu masa telah mengalami kepupusan. 

Sekali sekala, kita akan menjumpai organisma yang masih hidup kalangan organisma yang disangka telah pupus sama sekali. Tambahan lagi, ia juga mungkin hidup pula di dalam persekitaran yang tidak banyak berubah dan ini menyebabkannya kelihatan hampir serupa dengan spesis yang dijumpai sebagai fosil. Itulah yang dikatakan sebagai "fosil hidup". 

Bagaimanakah ini dapat menerangkan tentang kewujudan Coelacanth pada hari ini? 

Saintis berpendapat bahawa Coelacanth adalah satu contoh kepada kejadian ini. Spesies yang hidup pada hari ini tidak sama seperti spesies yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Coelacanth "moden" ini dipercayai merujuk kepada satu order (kumpulan spesifikasi dalam spesies haiwan) sejenis ikan. Ini memberi ruang kepada kewujudan beberapa famili di dalam order itu dan seterusnya memberikan banyak ruang untuk variasi atau kelainan spesies. 

Kebanyakan famili Coelacanth telah pupus dan sehingga baru-baru ini seluruh order telah dianggap pupus. Namun begitu, satu famili dipercayai masih mempunyai ahli-ahli yang masih hidup, seperti yang kita lihat pada hari ini.

Photo credit:

http://www.dinofish.com/cimages/Bodygif.gif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYa9AK7luIHAsa3XY1K4CbiLmEOtPRQGLsSlP23iYarO14UVRirI4VbuUsUVBuD-QK7grgGc5vKnbPT4Nn41bQvLfESyUqDeluZtJ2i1G9DfLRIh58Nt_Ge3qJ9ifXnG5R2e8r8oAsFx0r/s1600/Trilobite_Heinrich_Harder.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR1TY2j4_YSbWCUzQeDnphQxD3vMkIB-bslSr37QhvjQYddsyrLfcmtT89v03UlRzSlvxZT3MdVEUmVKk9cMPVnZK9gCS7aGbZxVLbah3D4VIkefkF75T-CZZiDaq9NClgVqYm_DrPwzLp/s1600/trilobite.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFqnWou-b0CAMFi_UedNZkv6hdujU6pc8DF5_ii4BFIjUIcCDXXzIQHKnCo5iXPs2ePPBbszpgnilqe2qBmWICnIVMZCVDZjh3WqDc0F8a9w8z1XwTs1fQqa_PAJ90Hc_qVttUnCDGVqQ/s1600/cc511.jpg

No comments:

Post a Comment