Pengenalan
Gelatin digunakan untuk membuat kapsul pil, filem fotografi dan jeli pencuci mulut. Mari kita lihat apa yang kita boleh pelajari tentang kimia dengan aktiviti sains yang menarik ini!
Kiri-Kanan : Gelatin, Gelatin digunakan untuk membuat jeli dan kapsul pil.
Apa yang anda perlukan?
Gelatin tanpa perasa
Air
Pelbagai warna pewarna makanan
Tutup plastik
Periuk
Kertas tuala dapur
Pencetak acuan kuih
Straw minuman
Gunting
Apa yang perlu dibuat?
1. Masukkan 5 sudu besar air dan 3 titik pewarna makanan di dalam periuk.
2. Minta orang dewasa untuk panaskan periuk dengan api kecil.
3. Masukkan kandungan 3 paket gelatin ke dalam periuk dan kacau sampai larut.
4. Masak dan kacau selama 30 saat atau hingga campuran pekat.
5. Tuang campuran ke dalam tutup plastik seolah-olah kita mahu membuat agar-agar.
6. Kurangkan pembentukan gelembung udara dengan menggunakan sudu.
7. Biarkan adunan anda sejuk selama 45 minit.
8. Angkat gelatin dari tutup plastik dengan berhati-hati. Ia akan kelihatan seperti gel elastik.
9. Gunakan pencetak acuan kuih untuk membuat pelbagai bentuk yang anda suka.
10. Buat lubang di gel dengan straw.
11. Gantung gel pada tali. Gelatin akan keras seperti plastik dalam waktu sekitar 2-3 hari.
Apa yang berlaku?
Gelatin sebenarnya adalah sejenis protein yang juga dikenali dengan nama kolagen. Molekul kolagen tersusun menghasilkan serat. Serat ini tidak larut dalam air. Serat membentuk rangkaian yang menetapkan sel-sel di tempat yang tetap. Ketika kolagen dipanaskan itu, ia terurai untuk membentuk protein yang lebih ringkas yang dikenali sebagai gelatin. Gelatin pula larut di dalam air. Ketika larutan gelatin itu menyejuk, ia membentuk satu larutan separa-pepejal atau gel. Rangkaian molekul gelatin memerangkap air di dalam gelatin. Ia sama juga dengan cara rangkaian molekul kolagen memerangkap air.
Tahukah anda?
Gelatin dihasilkan dengan cara merebus tulang, tendon, kuku dan ligamen haiwan yang disembelih untuk daging.
Cubalah!
Gantikan gelatin dengan satu lagi bahan yang bersifat sama iaitu agar-agar. Ia berasal dari rumput laut. Agar-agar boleh di dapati di kedai sebagai helaian panjang seperti tali raffia. Ia adalah tidak berwarna atau hampir keputihan. Ia juga boleh didapati dalam bentuk serbuk. Agar-agar sering digunakan di Malaysia untuk membuat agar-agar atau lengkong. Anda juga boleh gunakan gam guar dan karaginan sebagai alternatif kepada agar-agar dan gelatin.
No comments:
Post a Comment