Showing posts with label Maths Activities. Show all posts
Showing posts with label Maths Activities. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Aktiviti Matematik : "Lontar, menang dan makan!"

Pengenalan

Di dalam aktiviti berbentuk cabaran dan permainan ini, pelajar berpeluang untuk melatih tubi kemahiran operasi tambah dan juga mendapat ganjaran secara langsung!

Topik

Nombor bulat - Operasi Tambah / KBSR Matematik Tahun 1, 2 dan 3

Apakah yang diperlukan?

Kotak

Gula-gula aneka perasa

Kertas berwarna

Apakah yang perlu dilakukan?

1. Gunakan kertas berwarna untuk membungkus gula-gula.

2. Tulis angka-angka secara rawak pada setiap satu bungkusan kecil gula-gula itu.

3. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai sekurang-kurangnya 5 orang.

4. Setiap murid dikehendaki melontar 5 biji bungkusan kecil itu ke dalam kotak.

5. Markah setiap murid dikira berdasarkan hasil tambah nombor yang terdapat pada gula-gula yang berjaya dimasukkan ke dalam kotak.

6. Markah kumpulan dikira berdasarkan hasil tambah daripada markah setiap ahli kumpulan.

7. Kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Tip:

1. Guru boleh sesuaikan aktiviti ini mengikut tahap murid dan juga apa yang hendak dilatih pada sesi hari itu. Contohnya. Jika guru mahu melatih kebolehan operasi tambah dari 1 hingga 10, angka-angka yang ditulis pada bungkusan gula-gula juga seharusnya mempunyai nilai yang agak kecil. 

2. Guru boleh menggunakan ganjaran-ganjaran selain daripada gula-gula seperti bungkusan makanan kecil ataupun coklat untuk memeriahkan permainan ini. 

Semoga ia menjadi satu aktiviti pembelajaran yang berguna dan menyeronokkan untuk anda cuba di kelas!

Selamat mencuba!

Kredit:

Terima kasih kepada Cikgu Junainah Mantai, SK Tanjong Manis, Daro atas perkongsian anda!

Photo credit:

http://math.pppst.com/banner_math_addition.gif

http://blog.richmond.edu/openwidelookinside/files/2009/07/math_sign.jpg

http://sixnt.primaryblogger.co.uk/files/2011/02/sweeties.jpg

http://www.cobbk12.org/sites/literacy/math/DD00802_.gif

Saturday, January 14, 2012

Aktiviti Matematik : "Saya lakukan dalam 1 minit!"

Pengenalan


Aktiviti yang mudah dan menyeronokkan ini pasti dapat mencungkil kreativiti pelajar anda di samping mereka belajar tentang masa dan waktu. 


Pada akhir aktiviti ini, pelajar akan dapat menggunakan istilah-istilah berkaitan masa dalam kehidupan seharian, mengkategorikan aktiviti-aktiviti mengikut tempoh masa tertentu dan juga menyusun aktviti-aktiviti ini mengikut tempoh masa ia dilakukan. 


Topik


Masa dan Waktu / KSSR Matematik Tahun 1 dan 2, KBSR Matematik Tahun 3


Apakah yang diperlukan?


Pen penanda


Kertas mahjong


Jam dinding yang besar


Apakah yang perlu dilakukan?


1. Guru memperkenalkan tentang masa dan waktu dan menunjukkan bagaimana jam memberi kita informasi tentang masa.


2. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, sekurang-kurangnya 5 orang dalam satu kumpulan. Agihkan kertas mahjong dan pen penanda kepada setiap kumpulan.


3. Tugas setiap kumpulan untuk menulis seberapa banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa satu minit. Semua idea yang mereka lontarkan harus ditulis di atas kertas mahjong. Jika mereka menghadapi masalah menjana idea, guru boleh membantu dengan memberi contoh seperti; "memakai stoking", "mengikat tali kasut" dan "menyikat rambut".


4. Apabila mereka telah bersedia, wakil kumpulan akan memilih satu aktiviti untuk didemonstrasi sebagai bukti bahawa ia mengambil masa selama 1 minit untuk dilakukan.


5. Apabila semua wakil kumpulan sudah bersedia, guru sebagai penjaga masa memberi isyarat bahawa satu minit sudah bermula dan semua wakil kumpulan dengan serentak melakukan "aktiviti 1 minit" mereka. Sebagai penjaga masa, guru juga digalakkan untuk memberitahu kelas tentang jarak waktu yang tertentu. Contohnya, "10 saat sudah berlalu", "30 saat sudah berlalu", "setengah minit sudah berlalu", "kamu ada masa lagi 15 saat" dan sebagainya. Pastikan pergerakan jarum jam boleh dilihat oleh semua orang.


6. Ulangi aktiviti ini dengan "Aktiviti 2 minit", "Aktiviti 20 saat", "Aktiviti 5 minit" dan sebagainya; mengikut budi bicara guru.


7. Disebabkan oleh kekangan masa dan kerana aktiviti yang memakan masa yang lama tidak praktikal untuk dilakukan di kelas, guru boleh cetuskan perbincangan tentang aktiviti yang mengambil masa yang lebih lama seperti, 1 jam, 24 jam (1 hari), dan sebagainya. Uji pemahaman pelajar tentang pelbagai masa yang telah dibincangkan. 


8. Guru juga boleh membuat demonstrasi dengan menggunakan jam dinding tadi supaya pelajar faham tentang jangka waktu tertentu yang disebutkan tadi iaitu "10 saat sudah berlalu", "30 saat sudah berlalu", "setengah minit sudah berlalu", "kamu ada masa lagi 15 saat" dan sebagainya.


Tip:


Tampalkan hasil kerja pelajar di dinding kelas. Tinggalkan pen penanda untuk mereka boleh menulis dengan banyak lagi aktviti yang boleh dilakukan dalam masa yang ditentukan.


Semoga ia menjadi satu aktiviti pembelajaran kinestatik yang berguna untuk anda cuba di dalam kelas.


Selamat mencuba!


Photo credit:

http://i.istockimg.com/file_thumbview_approve/7172279/2/stock-illustration-7172279-night-time-clock.jpg

http://www.calltocareer.com/wp-content/uploads/2011/09/One-minute.jpg

http://literaturecouture.com/wp-content/uploads/2011/11/1205_17495_md.gif

http://www.dulemba.com/Blogstuff/ColoringPageTuesdays/Back2SchoolClock.jpg

Friday, December 30, 2011

Tip untuk ibu bapa menggalakkan anak mempelajari matematik

Kini, sudah menjadi satu trend untuk ibu bapa menghantar anak ke pusat pembelajaran mental arithmetic dengan harapan anak-anak mempunyai kemahiran menghitung dan seterusnya mendapat kejayaan cemerlang di dalam subjek matematik.

Namun begitu, selepas beberapa lama mereka mendapati anak mereka pandai mengira tetapi gagal menyelesaikan masalah berbentuk ayat dan gambar rajah. Lebih mendukacitakan, mereka juga gagal menyelesaikan masalah matematik yang berhubungkait dengan kehidupan seharian.

Matematik bukan hanya sekadar menghitung sahaja. Penguasaan mental arithmetic pula tidak berkait dengan kebolehan menyelesaikan masalah matematik sama ada berbentuk simbol, ayat atau gambar rajah. Sebenarnya, kebolehan ini boleh dikuasai dengan bantuan ibu bapa tanpa mengeluarkan wang untuk menghantar anak mereka mempelajari mental arithmetic.

Bagaimanakah caranya untuk ibu bapa menggalakkan dan membantu anak-anak mempelajari matematik di rumah?

Apabila kita menyelasaikan masalah tentang operasi tambah dan tolak, cuba kita perhatikan di tahap manakah anak-anak kita menghadapi kesukaran. Jika mereka tiada masalah menambah menggunakan angka kecil seperti 1, 2 dan 3, berilah latihan yang sewajarnya supaya mereka boleh menambah angka yang lebih besar seperti 7, 8 dan 9 dan sebagainya. 

Ini boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan dengan cara latih tubi. Selepas beberapa lama, mereka pasti akan nampak corak atau pola matematik yang tertentu. Ini seterusnya akan menghasilkan pemahaman yang sewajarnya. 

Ibu bapa juga boleh menggunakan objek yang mudah didapati, murah dan biasa digunakan di dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh objek itu termasuklah kayu aiskrim, butang, cawan plastik dan sebagainya. Ini akan memudahkan mereka melihat bagaimana operasi ini membuahkan jawapan yang sewajarnya.

Jika ibu bapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk membantu anak mereka, luangkanlah juga sedikit masa untuk merujuk kepada pelbagai sumber yang ada. Contoh sumber idea termasuklah dari internet. Gunakanlah kata kunci pencarian yang mudah seperti "fun maths learning", "maths at home" dan "hands-on mathematics". Ada pelbagai laman sesawang di dalam internet yang menawarkan idea untuk aktiviti matematik di rumah dan kebanyakannya adalah percuma!

Untuk pemilik iPad pula, ada pelbagai apps yang berkhususkan pendidikan matematik. Antara pilihan kegemaran saya termasuklah "Math Bingo", "Rocket Math" dan "Math Board". Carilah pelbagai lagi apps dan ulasan tentangnya di internet dengan menggunakan kata kunci "maths ipad apps".

Selain dari rujukan internet, ibu bapa juga boleh merujuk kepada pelbagai buku yang menawarkan idea-idea untuk membantu anak anda mempelajari matematik dengan seronok dan berkesan. Malang sekali dilihat bahawa sumber yang di dalam bahasa Malaysia sangat berkurangan. Walau bagaimanapun, usah gusar kerana buku berbahasa Inggeris yang bertemakan matematik boleh di dapati dengan banyaknya di kedai-kedai buku utama seperti Kinokuniya.

Ibu bapa juga boleh mencadangkan guru Matematik untuk mengendalikan bengkel pendidikan matematik untuk ibu bapa. Program yang juga dikenali sebagai family maths (matematik untuk seisi keluarga). Ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka bukan sahaja menguasai matematik tetapi menggalak kemahiran berfikir di kalangan anak-anak. 

Saya pernah menghadiri sebuah persidangan untuk pendidik pada tahun 2009 di mana seorang pensyarah universiti di Western Australia berkongsi tentang kejayaan inisiatif ini. Apabila kita didedahkan dengan kemahiran untuk membantu anak-anak mempelajari matematik, ini akan sedikit sebanyak membantu anak-anak berkebolehan untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Kebolehan ini seterusnya amat berguna untuk anak-anak kita untuk menyelesaikan pelbagai permasaalahan matematik yang melibatkan ayat, gambar rajah dan simbol dan bukan sahaja masalah yang melibatkan penghitungan.

Konsep bermain sambil belajar juga boleh dipraktikkan melalui permainan santai yang bertemakan matematik. Mereka bukan sahaja dapat belajar, berseronok dan memupuk semangat kerjasama tetapi yang paling berharga ialah peluang untuk bermesra dengan anda. Antara permainan yang menggalakkan aritmetik mudah ialah "Snake and Ladder"  dan "Ludo". Cubalah "Domino"  untuk pelbagai skil matematik dan penggunaan strategi dalam penyelesaian masalah dan cubalah "Monopoly" untuk melatih anak-anak dalam penghitungan wang. 


Jika anda ingin mengasah kreativiti anda, cuba hasilkan mainan berpapan atau board game anda sendiri dengan menggunakan bahan yang sedia ada. Ia tidak perlu rumit, apa yang penting adalah kriteria yang ditentukan untuk memenangi permainan ini dan bagaimana untuk mencapai kriteria tersebut. Ciptakan beberapa halangan untuk menambahkan cabaran dan keseronokan untuk seisi keluarga!

Akhir sekali, kaitkan matematik dengan kehidupan seharian kita. Ada pelbagai cara untuk kita "membudayakan" matematik di rumah.  Contohnya, ibu bapa boleh melibatkan anak-anak dalam menghitung semasa membuat pembelian di kedai, bersama-sama menghitung elaun dan perbelanjaan bulanan rumah, melibatkan mereka di dalam aktiviti sukatan semasa memasak dan bermacam-macam lagi. Satu lagi aktiviti yang mudah ialah mengisikan objek di dalam botol atau balang dan meminta anak kita untuk meneka berapakah jumlah objek atau berat botol itu. Aktiviti ini nampak mudah tetapi jika dijalankan dengan betul, ia dapat membantu anak-anak kita di dalam membuat anggaran  atau estimation. 

Aktiviti-aktiviti sebegini Ini bukan sahaja dapat melatih anak-anak membentuk pemikiran Matematik berdasarkan cerapan tetapi juga dalam mengenali pola dan membuat kesimpulan. Semua ini membawa kepada pendekatan dalam pemikiran Matematik.

Akhir sekali, marilah kita membuka pemikiran anak-anak kita dengan membawa kepada pendekatan yang lebih luas. Bersama-samalah kita elakkan dari persepsi matematik hanya terhad kepada nombor perhitungan dan kecemerlangan peperiksaan sahaja.


Photo credit:

http://technotip.org/wp-content/uploads/tips/maths/maths-problems-.gif
http://www.teachthis.com.au/images/uploads/products/watermarked/1253955392Maths-Problem-Solving-Cards.jpg
http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/cga/lowres/cgan1331l.jpg
http://s1.hubimg.com/u/638628_f260.jpg
http://i551.photobucket.com/albums/ii463/djtobey_album/math/toss-across.jpg
http://farm2.static.flickr.com/1175/1339907948_d6532d4f26.jpg
http://www.iplaymathgames.com/math-games-store/images/math-games-with-cards.jpg
http://ipad.appfinders.com/wp-content/uploads/2011/09/154.jpg
http://a3.mzstatic.com/us/r1000/086/Purple/4a/31/db/mzl.kgzezebs.480x480-75.jpg
http://www.letstalktablets.com/wp-content/uploads/2011/10/giggle-ghosts-ipad-childrens-math-game.jpg
http://www.mediabistro.com/ebooknewser/files/2011/08/mzl.vxjzpauu.480x480-75.jpg
http://rainbowresource.com/products/015116.jpg
http://ecx.images-amazon.com/images/I/51FAO466VxL._BO2,204,203,200_PIsitb-sticker-arrow-click,TopRight,35,-76_AA300_SH20_OU01_.jpg
http://teachers.scholarschoice.ca/images/products/25/Instant-Math-Games-That-Teach-Book-N5392_XL.jpg
http://www.education.vic.gov.au/images/content/studentlearning/parentchildrenactivity.jpg
https://www.hbe.com.au/workflow/media/catalog/product/cache/1/thumbnail/250x/9df78eab33525d08d6e5fb8d27136e95/e/y/eye0121.jpg
http://i1-scripts.softpedia-static.com/screenshots/Snakes-Ladders-Game-18246.png
http://www.dreamstime.com/ludo-print-gift-or-play-thumb4433972.jpg
http://www.blubrry.com/bdata/coverart/bethedomino.jpg
http://www.thinkgeek.com/images/products/additional/carousel/cd9b_nintendo_monopoly_new_inplay.jpg
http://www.funmathsgames123.com/wp-content/uploads/2011/04/board-game-book2.jpg
http://1st-kidsgames.com/images/float/math-fun-games.jpg
http://www.notimeforflashcards.com/wp-content/uploads/2011/02/IMG_0499.jpg
http://www.cartoonstock.com/lowres/hsc1946l.jpg


Saturday, May 21, 2011

Aktiviti Matematik : “Mana mudah..campur atau darab?”

popsicle_sticks-702207 stock-photo-colorful-popsicle-sticks-on-white-background-570897

Topik :

Pendaraban

Apa yang diperlukan:

Satu kotak objek seperti kayu aiskrim

Apa yang perlu dilakukan:

Sebagai aktiviti tambahan untuk mengajar pendaraban, cubalah contoh pendaraban faktor 10 ini.

Sediakan satu kotak kayu aiskrim (atau sebarang objek yang murah dan mudah didapati). Letakkan kesemua kayu aiskrim di atas tikar dan minta pelajar kira jumlah kayu aiskrim. Selepas mereka habis mengira semuanya, minta pelajar susun atau kumpulkan dalam jumlah 10 kayu aiskrim dalam satu kumpulan and minta pelajar nyatakan jawapannya.

Melalui cara ini, pelajar dapat melihat dan mencuba dengan sendiri mengira tanpa pendaraban. Mereka juga dapat melihat dengan sendiri bahawa mengira menggunakan pendaraban adalah cara cepat untuk mengira jumlah besar barang dan seterusnya memanfaatkannya penggunaan pengetahuan ini.

Bincang dengan pelajar bagaimana cara lain untuk kita menggunakan pendaraban dalam pengiraan jumlah kayu aiskrim. Mungkin seseorang akan menyarankan kita membuat satu ikat berjumlah seratus batang aiskrim? Ataupun beberapa ikat berjumlah 5 batang kayu aiskrim setiap ikat?.

Semoga ia menjadi satu aktiviti kinestatik pembelajaran berasaskan masalah yang berguna untuk anda cuba di dalam kelas.

Selamat mengajar dan belajar!

Nota : Minta pelajar untuk kumpulkan kayu aiskrim dan letakkan dalam kotak yang disediakan di dalam kelas. Ada pelbagai aktiiti berguna yang menggunakana kayu ini.

Thursday, May 19, 2011

Aktiviti Matematik : Pecahan Lipatan Kertas

umamahlearningacademy.blogspot blogs.scholastic.com

Topik :

Pecahan

Apa yang diperlukan:

Kertas kosong A4

Apa yang perlu dilakukan:

Berikan setiap pelajar sehelai kertas. Minta pelajar lipat kertas itu mengikut pecahan yang diarahkan oleh guru.

Contoh :

fraction1

Pelajar dapat memerhatikan bagaimana saiz berubah dengan setiap pecahan.

Sebagai alternatif, beri pelajar beberapa helai kertas pelbagai warna dan minta pelajar tuliskan pecahan itu di atas kertas.

fraction3

Ini adalah satu aktiviti yang mudah dan murah untuk memperkenalkan pecahan. Ia juga boleh digunakan sebagai set induksi dan pelajar juga disarankan untuk membuat kaedah cubajaya.

Terima kasih kepada Cikgu Norazaton atas perkongsian ini.

Selamat mengajar dan belajar!

Aktiviti Matematik : “Menulis angka dalam perkataan”

iphone.wareseeker.com
Topik :
Nombor bulat / whole numbers (Year 4)
Apa yang diperlukan :
Templat yang disediakan terlebih dahulu
Menulis angka nombor dalam perkataan 2
Apa yang perlu dilakukan:
1. Gunakan templat sebagai latih tubi untuk pelajar mengasah kemahiran dalam menulis angka dalam perkataan.
2. Guru boleh gunakan papan putih untuk paparan semua pelajar di dalam bilik darjah atau berikan templat kepada setiap pelajar.
3. Untuk contoh templat yang digunakan di atas, lihat contoh jawapan seperti di bawah :
Menulis angka nombor dalam perkataan 1
Nota untuk guru :
Idea ini dicadangkan oleh guru yang berpengalaman melatih pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis angka dalam bentuk perkataan.
Selamat belajar dan mengajar!

Monday, May 16, 2011

Aktiviti Matematik : “Belajar pecahan dengan botol plastik”

drop-plastic-bottle-collect bottle

Topik :

Pecahan

Apa yang diperlukan :

Gunting

Kertas tertulis nombor  / berapa bahagian yang perlu dipotong

Botol plastik (jika boleh, cari yang bentuknya sekata)

Marker pen

Apa yang perlu dilakukan :

1. Sediakan botol plastik untuk pelajar. Sebagai alternatif, guru boleh meminta pelajar membawa botol plastik terpakai sendiri.

2. Setiap pelajar yang terlibat di dalam aktiviti ini akan diberikan kertas yang telah dituliskan satu nombor. Jika boleh, permudahkan dengan memberi nombor yang kurang dari 10.

3. Minta pelajar potong botol itu dengan gunting secara sama rata. Contohnya jika pelajar A mendapat nombor 3, dia dikehendaki potong botol itu kepada 3 bahagian sama rata.

4. Tuliskan dengan pen marker pecahan yang sesuai pada setiap bahagian botol. Contohnya, untuk setiap bahagian botol pelajar A, tuliskan 1/3.

5. Minta setiap pelajar untuk bandingkan saiz pecahan mereka dengan rakan pelajar yang lain. Melalui aktiviti ini, mereka akan dapat buat perbandingan tentang nilai pecahan.

Selamat mengajar dan belajar!

Aktiviti Matematik : “Cabaran Turutan Nombor”

sunflower Snowboard-Sequence-Photography

Topik :

Nombor bulat - Turutan nombor / Whole numbers – Order of numbers (Year 6)

Apa yang diperlukan:

Beberapa set Kad nombor dari 10 hingga 30

Kad nombor

Apa yang perlu dibuat:

1.Jemput ke hadapan beberapa orang pelajar untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini.

2. Setiap pelajar diberikan satu set nombor) yang dipilih secara rawak. Contohnya pelajar A mendapat 10 kad : 10, 12, 14, 15, 18, 20, 21, 26, 29, 30. Pelajar B pula mendapat 10, 11, 13, 15, 19, 20, 21, 26, 28, 29 dan seterusnya. Pastikan mereka tidak melihat nombor yang diberikan.

3. Apabila mereka sudah bersedia, berikan masa 10 saat untuk mereka menyusun dalam turutan yang betul (menaik atau menurun).

4. Markah diberikan dan cabutan akan diulang sehingga pemenang ditentukan.

Nota untuk guru :

Pemarkahan adalah terpulang kepada budi bicara guru. Saya cadangkan setiap 2 turutan betul diberi 2 markah. Contohnya; turutan 10, 12, 18, 15… akan diberikan 2 markah sahaja.

Selamat mengajar dan belajar!

Aktiviti Matematik : Pertukaran Unit

Demo-UnitConversion

Topik :

Matematik secara am- Kemahiran membuat pertukaran unit / General maths – skills of unit conversion (Year 4 to Year 6)

Apa yang diperlukan :

Persediaan templat yang sesuai

Apa yang perlu dilakukan:

Reka templat seperti contoh di bawah. Gunakakannya sebagai aktiviti latih tubi untuk mengasah kemahiran pelajar dalam membuat pertukaran antara satu unit ke satu unit yang lain.

untitled

Seorang rakan guru mencadangkan kita menggunakan terma “rumah besar” dan “rumah kecil” untuk memudahkan pelajar. Dalam contoh di atas : 4050;  angka 4 diletakkan di dalam petak “rumah besar” dan tiga angka seterusnya di dalam “rumah kecil”.

Selamat mengajar dan belajar!

Wednesday, May 11, 2011

Aktiviti Matematik : “Kotak dalam kotak”

shipping-box

Topik :

Isipadu

Apa yang diperlukan :

1. Seberapa banyak kotak kosong pelbagai saiz

Apa yang perlu dibuat:

1.Panggil beberapa murid yang mengambil bahagian ke hadapan.

2. Apabila sudah bersedia untuk mula, mereka diminta untuk isikan seberapa banyak kotak kecil ke dalam kotak yang lebih besar.

3. Tetapkan masa untuk cabaran ini (contohnya 15 saat)

4. Pemenang cabaran ialah pelajar yang berjaya menggunakan kotak yang terbanyak.

Aktiviti lanjutan :

Minta pelajar kira isipadu kotak tersebut. Jumlah ini juga boleh dijadikan sebagai kriteria kemenangan.

Nota untuk guru:

Jika jumlah kotak menjadi pengukur kemenangan, pelajar yang menang akan menggunakan kotak kecil dahulu dan mengisikannya ke dalam kotak yang saiznya lebih besar sedikit sahaja dari yang sebelumnya. Dengan ini, dia mampu menggunakan seberapa banyak kotak yang sedia ada!

Selamat mengajar dan belajar!

Saturday, May 7, 2011

Let's teach maths the easy way!

A professor in biology forwarded me a cool video on teaching microrganism. I watched with excitement on how the subject was presented in an interesting way. It did not only helped me to understand the subject matter further but also gave me some ideas to use in my profession :)

Well, it turned out that they have even more of such tutorials covering other subjects as well.

The tutorials are simple and easy to follow. The facts are explained in detail and there are lots of examples to ensure clarity. The tutorials aree not only popular among students (viewing it to help them doing their homework!) but also among parents who need some information to assist their children with school work.

The Khan Academy is a not-for-profit educational organization created in 2006, by Salman Khan.With the stated mission of "providing a high quality education to anyone, anywhere", the website supplies a free online collection of over 2,310 micro lectures via video tutorials stored on YouTube teaching mathematics, history, finance, physics, chemistry, biology, astronomy, and economics.

Drawings are made with SmoothDraw. Khan eschewed a format that would involve a person standing by a whiteboard, desiring instead to present the content in a way akin to sitting next to someone and working out a problem on a sheet of paper: "If you're watching a guy do a problem [while] thinking out loud, I think people find that more valuable and not as daunting."

Offline versions of the videos have been distributed by not-for-profit groups to rural areas in Asia, Latin America, and Africa. While the Khan Academy's current content is mainly concerned with pre-college mathematics and physics, Khan states that his long-term goal is to provide "tens of thousands of videos in pretty much every subject" and to create "the world's first free, world-class virtual school where anyone can learn anything." I wish I can do this too :)

The Khan Academy also provides a web-based exercise system that generates problems for students based on skill level and performance. Khan believes his academy points to an opportunity to overhaul the traditional classroom by using software to create tests, grade assignments, highlight the challenges of certain students, and encourage those doing well to help struggling classmates.

Here's a sample of a tutorial on fraction. The first video is "How to add and subtract fractions". The second video is "about converting mixed numbers to improper fractions and improper fractions to mixed numbers".

Hope this can give you some useful ideas and thus be helpful in our classroom.






For more videos go to http://www.khanacademy.org/