Tuesday, January 24, 2012

Icebreaker : "Objek pilihan saya ialah..."

Pengenalan


Aktiviti ini merupakan satu aktiviti ramah mesra di antara peserta dan sesuai dijalankan sebelum sesuatu program bermula. Ia sesuai terutamanya untuk program yang memakan tempoh masa yang panjang dan mempunyai banyak objek di persekitaran program contohnya program perkhemahan.

Objektif:

1. Mengalakkan peserta untuk mengenali di antara satu sama lain.

2. Menggalakkan peserta untuk bersikap terbuka dan jujur, seterusnya mewujudkan suasana yang selesa untuk interaksi selanjutnya dan juga persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Saiz kumpulan:

Aktiviti individu yang membabitkan semua peserta

Barang-barang yang diperlukan:

Objek di persekitaran

Langkah-langkah:

1. Berikan masa selama beberapa minit untuk setiap peserta mencari sesuatu objek di persekitaran lokasi aktviti.

2. Objek pilihan peserta ialah sesuatu yang mereka rasakan yang mewakili ciri-ciri keperibadian mereka ataupun yang mampu menggambarkan tentang diri mereka.

3. Apabila masa yang ditetapkan telah tamat, minta setiap peserta untuk menunjukkan apa objek yang telah mereka pilih. Mereka juga dijemput untuk berkongsi dengan peserta lain tentang kriteria pemilihan mereka. Sebagai contoh, "Saya memilih seketul batu kerana ia kuat, licin dan tua". Satu lagi contoh, "Saya memilih bunga kuning ini kerana saya cantik, sukakan alam dan sentiasa menarik perhatian orang."

4. Jika ada masa yang mengizinkan, berilah peluang untuk setiap peserta untuk berkongsi tentang objek pilihan dan juga ciri-ciri pemilihan mereka.

Tip:

Aktiviti ini memerlukan kebijaksanaan fasilitator untuk perlaksanaan yang lebih ceria dan menyeronokkan. Fasilitator juga harus bijak di dalam pengurusan masa. Sebagai contoh, fasilitator boleh juga menyatakan peraturan asas (ground rule) iaitu had masa sebanyak 1 hingga 2 minit setiap perkongsian untuk mengelakkan peserta daripada meleret-leret menceritakan sesuatu yang tidak relevan dan membosankan!

Photo credit:

http://necessaryagitation.files.wordpress.com/2010/04/objects.gif?w=360

http://www.travelblog.org/Wallpaper/pix/tb_mecsek_yellow_flower.jpg

No comments:

Post a Comment