Wednesday, August 3, 2011

The use of iPad in Education : A review by Education World

I used to be a sceptic when it comes to the use of iPad in education. When I finally convinced myself to actually have one, I did not wait long to explore the new gadget and I am very impressed in many ways. Of course, education, being close to my heart is the first frontier that I explored when it comes to checking the suitable apps that can be helpful in teaching and learning. Here's an article that will help you get a glimpse of what iPad can do.

Education World: Tech in the Classroom: iPad App Store

Education World: iPad App Review: Pages

Tuesday, August 2, 2011

My favourite recipe : "Blueberry Muffin"

Testing entry, my experiment with blueberry muffin
I love to see many muffins in the oven, such a proud moment.
To make it attractive to my kids, I use edible Ultraman stickers. However, they do not like thr taste at all. The stickers, I mean!

Wednesday, July 13, 2011

Memartabat Bahasa Malaysia : “Bagaimana menggunakan kata sendi ‘daripada’ "

logo1
Dipetik dan diadaptasi dari Dewan Eja Pro
mbmmbi
Kata sendi nama`daripada’ perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut :
1. Menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi:
- Dia menerima sepucuk surat daripada ayahnya
- Dia menerima hadiah daripada seorang sahabat yang karib
2. Menyatakan atau menunjukkan sumber atau punca sesuatu itu diperoleh :
- Petikan daripada karya Nor Azhar Ishak
- Air daripada perigi itu ada jentik-jentik
- Artikel ini diterjemahkan daripada bahasa Parsi
3. Menyatakan bahan yang digunakan utk menghasilkan sesuatu:
- Bola ini diperbuat daripada hasil campuran borax dan gam PVA.
4. Menyatakan atau menunjukkan sesuatu yang terlibat dalam pengasingan atau perbandingan :
- Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia daripada Sumatera
- Prosedur yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik daripada yang disediakan dahulu
- Daripada duduk sahaja di kubikel menatap e-mel , lebih baik melakukan sesuatu yang berfaedah seperti membantu rakan yang banyak kerjanya.
-Lebih baik dia dinasihati daripada diberi amaran kerana kerap mencuri tulang di pejabat.
5. Menyatakan sesuatu perubahan atau perkembangan:
- Harga program CSS telah naik daripada RM3.00 menjadi RM10.00 untuk setiap pelajar.
- Belanjawan jabatan ini turun daripada RM 50,000  tahun lalu menjadi RM 35,000 tahun ini.
6. Digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur atau akibat yang hendak dielakkan :
- Kami akan mempertahankan diri daripada serangan musuh
- Kami akan menjauhkan diri daripada bahaya
-Ini adalah langkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian daripada berlaku lagi
-Nampaknya Fatin lebih senang menyimpan perasaannya di hati daripada melafazkannya dengan kata-kata.
7. Menyatakan punca sesuatu tindakan:
- Daripada apa yang saya dengar, kerani itu melengahkan kerjanya kerana selalu bermain `facebook’
- Ceramah ini diadakan hasil daripada desakan para pekerja di syarikat itu.
8. Memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu dengan sesuatu jumlah :
- Satu daripada sebab-sebab kejatuhan empayar Srivijaya ialah…
- Hanya 5 orang daripada sejumlah 6 orang pekerja sahaja yang terlibat secara aktif dalam menjalankan bengkel ini.
- Hampir 100% daripada aktiviti diberikan secara percuma untuk orang awam dan juga institusi pembelajaran formal.
Selamat berbahasa!

Monday, July 4, 2011

Fakta Sains : “Bagaimana burung kakaktua boleh bercakap?”

birdsupplies.com

Bagaimana burung kakaktua boleh bercakap? Ia boleh berbuat demikian hanya dengan mengulangi bunyi yang didengarnya berulang-ulang kali. Apabila burung kakaktua berkata, “Hello, apa khabar?”, ia bukanlah berniat untuk bertanya khabar dan ini juga terlintas langsung di dalam fikirannya.

kaplaninternational.com

Sebaliknya, burung itu tidak memahami apa yang dituturkannya. Tetapi ia boleh belajar untuk membuat bunyi dengan mengulangnya beberapa kali. Dengan cara yang sama, anda boleh belajar untuk bertutur beberapa ayat mudah dalam bahasa asing yang anda tidak tahu.

Sunday, July 3, 2011

Fakta Sains : “Bagaimana lebah membuat madu?”

justhealthtips.com 

Ia semua bermula dengan nektar atau manisan dari bunga yang dibawa oleh lebah kembali ke sarang. Di sarang, lebah pekerja menambah enzim penting (atau bahan kimia) dari badan mereka kepada nektar dan menyimpannya di dalam indung madu atau honeycomb.

guardian.co.uk

Seterusnya, lebah-lebah istimewa akan mengipas nektar ini dengan sayap mereka. Haba dari sarang dan kesan pergerakan udara akibat tindakan lebah tadi akan menyejatkan air di dalam nektar sehingga ia menjadi madu yang likat.