Monday, December 19, 2011

6 petua mendidik anak bijak

Pada Januari 2004, saya menerima satu e-mel daripada seorang rakan. E-mel itu masih saya simpan bersama selonggok lagi keratan-keratan akhbar, majalah, e-mel dan pelbagai lagi mengumpul habuk di bilik bacaan saya. E-mel itu masih saya simpan hingga ke hari ini kerana ia masih relevan hingga ke hari ini. Ia mengenai mendidik anak menjadi seorang yang bijak. Menarik, bukan?

E-mel itu dipanjangkan oleh seorang rakan yang bersahabat dengan seseorang yang bermajikankan seseorang yang pula menghantar anaknya yang berumur 2 tahun pergi ke kelas Sichida Method. Kelas Sichida ini diuruskan oleh sebuah syarikat Jepun yang melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan.

left brain vs right brain, image from thewritingnut.com

Otak sebelah kanan ini dipercayai lebih efektif daripada otak sebelah kiri tetapi harus dilatih penggunaannya. Walaupun ia agak bagus dan terbukti berkesan, ia melibatkan kos yang tinggi sehinggakan penulis emel membuat perbandingan dengan kos pengajian rakannya yang membuat Masters di ITM! Majikan penulis emel pula mengambil keputusan dengan niat ikhlasnya untuk berkongsi ilmu bersama staf-stafnya yang kurang berkemampuan.

Penulis e-mel berharap yang para pembaca yang telah dipanjangkan e-mel, boleh mengamalkan cara-cara yang dikongsi kerana dia telah dapat melihat keberkesanannya walaupun diamalkan dalam masa seminggu sahaja!

Berikut ialah petua yang telah dikongsi :

1. Bercakap dengan anak sewaktu dalam keadaan separa sedar

Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, kita harus bercakap kepadanya dengan sepenuh dan sejujur hati yang kita sayang padanya, dia adalah seorang anak yang baik, dia seorang yang kuat dan tidak sakit, dia seorang budak yang pandai dan sebagainya. Ini adalah kerana sewaktu anak ini sedang tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja walaupun otak kirinya sudah ‘tidur’.

Penulis juga mengingatkan pembaca untuk membuatnya dengan seikhlas hati, jika tidak petua ini tidak akan menjadi. Sekiranya anak itu sudah tidur, penulis menyarankan agar kita memicit-micit  dan meramas-ramas tangannya supaya dia berada di dalam keadaan tidur-tidur ayam.

Penulis kemudiannya berkongsi tentang apa yang dilakukannya terhadap anak perempuannya yang kerap lewat bangun pagi dan disertai pula dengan `melalak-lalak’! Penulis `bercakap-cakap’ dengan anaknya setiap hari yang dia seorang anak yang baik, suka pergi ke sekolah, dia seorang anak yang sihat dan dia seorang yang mahu bangun awal. Penulis mendakwa bahawa anaknya sekarang sudah bangun seawal 6.30 pagi termasuklah hari Sabtu dan Ahad!

2. Amalkan penggunaan kad imbas

Mulakan penggunaan kad imbas A-Z. Penulis mendakwa bahawa anaknya berjaya mengenali semua huruf dan boleh mengeja perkataan yang pendek-pendek dalam masa seminggu sahaja. Penulis mencadangkan pembaca untuk membuat banyak kad dan menunjukkannya kepada anak-anak.dengan pantas.

Ini dikatakan dapat membuatkan otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjuk. Kad imbas tidak terbatas kepada `A-Z’ dan `a-c’ tetapi teknik ini boleh digunakan untuk nombor `1,2,3… ‘. Penulis juga menyarankan kad ini supaya bervisual dan menggunakan bahasa Inggeris. (Nota norazharishak.blogspot.com: cara ini mungkin kurang digemari oleh ibu bapa yang mahukan anak mereka cepat membaca melalui kaedah fonik).

3. Tingkatkan kemahiran motor

Gerak kerja tangan adalah hasil dari peranan otak kanan. Penulis mencadangkan anak-anak diajar bermain dengan tanah liat, melukis menggunakan cat air, menggunting kertas, membuat seni origami dan sebagainya.

Walaupun ini akan memberi beban kepada ibu bapa kerana kena mengemas(!), ia akan mengaktifkan penggunaan otak kanan. Satu cara lagi ialah kita melukis satu gambar di sebelah kertas dan menyuruh anak menyambung lukisan di sebelah kertas. Penulis juga mendakwa bahawa anak-anak sebelah Timur Asia pandai belaka kerana mereka makan menggunakan penyepit (chopstick) dan ini membantu mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Kawal kemarahan anda

Jangan marah atau menengking anak kerana mereka `menyimpan’ semuanya di dalam otak kiri. Jika ini telah berlaku, penulis menyarankan pembaca untuk mengamalkan petua yang pertama dan memohon maaf kepada si anak.

5. Galakkan anak anda berimaginasi

Kembangkan kebolehan anak-anak berimaginasi. Penulis mencadangkan ibu bapa untuk memulakan cerita dan meminta anak-anak menyambung cerita walaupun mereka merapu!

6. Latih kecekapan deria

Bermain teka-teki dengan anak-anak. Contohnya, masukkan satu objek di dalam sebuah kotak tisu dan minta anak-anak untuk meneka apakah objek di dalam kotak itu. Ibu bapa boleh memberi bantuan seperti apakah warnanya, bunyinya dan sebagainya. Lama-kelamaan ini dipercayai dapat menajamkan kebolehan deria mereka dan dalam masa yang sama mengaktifkan otak kanan.

Penulis mengingatkan pembaca untuk tidak membuatkan aktiviti di atas dengan lama, memadailah selama setengah jam sehari. Penulis juga mengingatkan pembaca untuk mengamalkannya di dalam keadaan yang tenang dan ikhlas dan bukan semasa membuat kerja-kerja lain seperti memasak, membasuh kain atau menonton televisyen.

Pada akhir e-mel ini, penulis juga mengingatkan pembaca bahawa kejayaan terletak kepada Tuhan yang Maha Mengetahui dan dengan keizinan dariNya. Tetapi kitalah yang harus berusaha dengan sebaiknya dan bersyukur jika ia sudah berhasil.

Jutaan terima kasih saya kepada Sue Adda yang telah sudi memanjangkan e-mel asal kepada saya. Semoga perkongsian ini membawa seribu manfaat untuk pembaca semua!

Saturday, December 17, 2011

Petua Pilihan : "Melanjutkan jangka hayat bunga segar" / Home Hints : "Keeping fresh flowers longer"

Bunga segar ialah pilihan utama untuk mencantik dan menghias rumah. Masalahnya, ia bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, tetapi ia juga tidak tahan lama. Berikut adalah petua yang kita boleh cuba untuk melanjutkan hayat bunga anda.

1. Potong batangnya pada sudut 45 darjah. Ini akan meningkatkan luas permukaan batangnya untuk menyerap air.

2. Buang sebarang daun yang berada di bawah aras air. Jika ia dibiarkan tenggelam di dalam air, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya memendekkan jangka hayat air yang bersih.

Di atas ialah petua yang asas. Berikut adalah petua-petua tambahan yang boleh dicuba:

1. Buat satu campuran dua titik peluntur seperti chlorox dan 1 sudu teh gula. Gula bertindak sebagai 'makanan' dan menyuburkan gubahan dan peluntur pula menghalang pertumbuhan bakteria. Pastikan air ditukar selepas beberapa hari.

2. Campurkan sepertiga cawan air berkarbonat seperti Sprite ke dalam air pasu bunga. Gula di dalam air berkarbonat itu bertindak sebagai 'makanan' yang menyuburkan gubahan anda.

Antara barangan lain yang dipercayai boleh membantu memanjangkan jangka hayat bunga segar ialah panadol yang dihancurkan, pil multivitamin, aspirin, secubit garam dan soda penaik dan syiling tembaga (syiling 1 sen).

Fresh flowers brightens up any place. Unfortunately, they costs and have short a short lifespan. Here are some tips for you to try to keep them longer:

1. Cut the stems at 45 degrees angle. This increases the surface area for the stem to absorb water.

2. Snip off any leaves that are below the water line. If they are left in the water, they will be encouraging the growth of bacteria and reducing the lifespan of the clean water.

Those are the basic hints. Here are few additional ones that are worth trying:

1. Make a mixture of 2 drops of bleach like chlorox and 1 teaspoon of sugar. The sugar 'feeds' and nourishes the plant and the bleach inhibit the growth of bacteria.

2. Mix a third cup of a fizzy drink like Sprite with water in th flower vase. The sugae in the fizzy drink feeds and nourishes the flower arrangement.

Other items that are believed to help prolonged the lifespan of fresh flowers included crush panadol, multivitamin pill, aspirin, a pinch of salt and baking soda and copper coins (1 cent coins).


Friday, December 16, 2011

Aktiviti Sains : "Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus"

Pengenalan

Membuat buku skrap merupakan satu aktiviti seni di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang haiwan yang pupus dan terancam, dengan bantuan guru.

Apa yang diperlukan?

Kertas pelbagai warna dan ketebalan (boleh didapati di kedai alat tulis)
Gunting
Gam
Penebuk lubang (opsyenal)
Reben (opsyenal)
Pen pelbagai warna (opsyenal)
Bahan seni untuk menghias buku skrap (gam glitter, fancy stickers dan lain-lain)
Pelbagai gambar haiwan pupus dan terancam
Fakta berkenaan haiwan pupus dan terancam

Apa yang perlu dibuat?

1. Pelajar ditunjuk cara untuk membuat buku skrap secara asasnya. Pelajar kemudian boleh membuat buku mengikut kreativiti masing-masing. Guru dicadangkan untuk menstandardkan buku skrap, sebagai contohnya semua dikehendaki membuat buku skrap sekurang-kurangnya 10 muka.

2. Guru berbincang tentang :

a) Apakah maksud bagi haiwan yang pupus. Contoh haiwan-haiwan yang pupus.

b) Apakah maksud bagi haiwan yang terancam. Contoh haiwan-haiwan yang terancam.

c) Faktor-faktor yang menyebabkan dan menyumbangkan kepada ancaman kepupusan.

Guru menyediakan beberapa gambar dan fakta tentang haiwan terancam dan pupus. Pelajar akan memilihnya untuk dimasukkan ke dalam buku skrap masing-masing. Minta pelajar untuk:

a) Membuat penyelidikan tambahan dan juga menambahkan lagi koleksi haiwan.

b) Mencari fakta tambahan yang menarik untuk ditambah di dalam buku skrap mereka.

Selepas seminggu, minta pelajar untuk mempamerkan buku skrap mereka kepada rakan-rakan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini lebih menarik dengan memberikan mereka pelekat-pelekat berwarna untuk dilekatkan kepada buku skrap yang mereka rasakan paling informatif dan menarik.

Terpulang kepada budi bicara guru, pilihlah hari yang sesuai untuk membawa mereka kepada perbincangan yang aktif tentang apa yang mereka telah pelajari, perasaan mereka tentang topik berkenaan dan apa yang mereka ingin tahu lagi jika diberikan lebih banyak masa untuk membuat penyelidikan.

Apa yang berlaku? 

Dengan adanya teknik membuat buku skrap, pelajar bukan hanya sekadar menyimpan dan menyelidik maklumat, malah mereka juga boleh menjadikannnya sebuah hasil karya yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Ia juga boleh menjadi satu bahan untuk memulakan satu perbincangan yang bernas tentang sebarang topik!

Pengisian sains

Haiwan yang pupus (extinct animals) ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka Bumi kita dan tiada sebarang spesisnya yang masih hidup pada hari ini. Beberapa haiwan yang telah pupus ialah dinosaur, Thylacine, burung Moa, burung Dodo dan Mammoth.

Sesetengah haiwan pupus disebabkan perubahan cuaca. Ada juga haiwan yang pupus disebabkan oleh aktiviti manusia.

Pada hari ini, ada pelbagai spesis haiwan yang semakin jarang dijumpai dan populasinya juga semakin berkurangan. Haiwan ini mengalami ancaman kepupusan. Ia dikategorikan sebagai spesis yang terancam (endangered species). Beberapa haiwan yang terancam ialah orangutan, badak sumbu, gorila, unta Bactrian dan penyu Belimbing.

Aktiviti manusia merupakan faktor utama yang menyebabkan kepupusan haiwan. Contoh aktiviti-aktiviti ini adalah seperti pembalakan haram atau keterlaluan, pemburuan haram atau keterlaluan dan pembangunan tanah yang keterlaluan.

Tahukah anda?

Projek Zoo Beku atau Frozen Zoo bertujuan untuk membawa semula spesies terancam dari ambang kepupusan. Projek yang dijalankan oleh Zoo San Diego ini mula mengumpul sampel kulit dari haiwan yang terancam sejak dari tahun 1972 dengan harapan yang ia boleh digunakan untuk melindungi haiwan ini dari kepupusan di masa hadapan. Kemajuan di dalam bidang teknologi sel tunjang (stem cell) masa kini bermakna yang usaha ini mempunyai harapan yang cerah!

Cubalah!

Apakah yang boleh anda hasilkan lagi dengan buku skrap?

Guru juga boleh meminta pelajar untuk merakamkan pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam. Pelajar bukan sahaja boleh melihat dengan sendirinya fenomena fasa Bulan, tetapi ia juga akan membantu mereka memahami dan mengingati topik ini dengan lebih mudah.

Sebenarnya tidak ada batasan untuk membuat sebuah buku skrap, kerana semuanya dibataskan oleh kreativiti anda.

Kurikulum sekolah

Year 6 / Investigating Living Things / Interaction Among Living Things / Protecting Endangered Species


Thursday, December 15, 2011

My favourite recipe : "Healthy Omelette"

This is my attempt to offer healthy choices of breakfast to my kids. Since they are strangers to vegetables, I attempted to hide some vege goodies in the omelette so that they can get into their stomach safe and sound!

What you need:

6 eggs

2 tablespoons of herbs (choices of parsley, tarragon, chives)

4 tablespoons Broccoli (cut into very small pieces, to blend with the herbs)

Half of a capsicum (mixed colours, diced)

3 tablespoon of shaved carrot

Mushrooms (sliced thinly)

1 tomato (not the ripe ones, diced)

Olive oil (enough for pan-frying)

Few slices of cheese

Salt and pepper to taste

What to do:

1. Combine eggs and herbs in a bowl and beat mixture with a fork until it mix well.

2. Season with salt and pepper.

3. Place an omelette pan over medium heat until hot. Heat the oil.

4. Saute onions, mushrooms, carrot, capsicum, broccoli and tomato in order.

5. Pour in egg mixture.

6. Tilt the pan to distribute the mixture evenly. Turn it over for few seconds to let it cook well. 

7. Quickly turn off the heat, put small slices of cheese onto half of one side and fold it over. 

Note: The choice of ingredients are optional. You can leave out any but not the eggs, salt and pepper!

Estimated Cooking Time : 20 minutes

Serves 4

Photo from http://www.fewercalories.com/thumbs/Herb_omelette.jpg

Wednesday, December 14, 2011

Petua Pilihan : "Hindar serangan kutu beras" / Home Hints : "Keeping Rice Weevils away"

Ini adalah petua mudah untuk menghindarkan serangan kumbang beras atau kutu beras ke atas simpanan beras anda.

Masukkan lebih kurang lima hingga sepuluh tangkai cili kering di dalam bekas simpanan beras anda. Tidak kira berapa lama anda menyimpan beras anda, ia tidak akan diserang oleh kutu beras.

Here's an easy way to prevent weevils from attacking the grains in your rice bin.

Simply place five to ten dried chillis in the bin. No matter how long you keep your rice, it will not be infested by weevils.