Sunday, March 8, 2015

Writing Tips : Petua penulisan dari Dr Danial

Petua penulisan dari Dr Danial

Saya tidak ingat dari mana dan bilakah saya membaca hasil penulisan Dr Danial ini tetapi saya cukup sukakannya. Saya tampal di papan kenyataan yang saya gantung betul-betul di belakang komputer saya. Ia berada di situ bertahun lamanya!

Saya rasa eloklah saya kongsi dengan rakan pembaca. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Semoga suatu hari nanti kita akan  jadi penulis yang berjaya dan sehebat Dr Danial!

Petua penulisan dari Dr Danial

1. Seronok beribadah

Saya seronok menulis sebab ia merupakan ibadah dan jariah.

2. Disiplin & Konsisten

Semangat dan minat sahaja tidak mencukupi. Allah membantu saya untuk menulis satu muka surat setiap hari. Sebulan bermaksud 30 muka surat. 5 bulan bermaksud 150 muka surat dan dengan 150 muka surat sebuah buku sudah dapat dihasilkan!

3. Zikir & Fikir

Dalam surah Ali Imran ayat 190 Allah menceritakan tentang Ulul Albab yang banyak berzikir dan berfikir. Warnakan diri dengan sifat-sifat ini. Dengannya akan lahirlah ketulusan hati dan ketajaman minda. Ia aset dalam penulisan.

4. Tinggalkan Yang Tidak Penting

Kita sebenarnya golongan yang tidak malas. Cuma yang menjadi masalah ialah ramai dari kalangan kita suka menyibukkan diri dalam perkara yang tidak penting. Maka yang terhasil ialah perkara yang tidak penting. Jika masa yang terbuang ini dilaburkan untuk membaca dan menulis, sudah hampir pasti sesuatu yang hebat akan terhasil.

5. Dekati Allah

Setiap kali terhasil sebuah buku, saya akan bertanya, "Siapakah yang menulis buku ini?" Saya sedar kudrah yang ada pada diri saya tidak memampukan saya untuk menghasilkan buku-buku ini. Saya perlukan Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment