Saturday, June 4, 2011

Berita Harian Online | Laporan Khas: Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan

Berita Harian Online | Laporan Khas: Penonjolan watak 'hantu' dalam filem Melayu dianggap keterlaluan

Artikel di atas keluar di dalam Berita Harian Online pada Sabtu 3 Jun 2011. Ia mengulas tentang produksi filem seram yang semakin meningkat semenjak beberapa tahun lepas. Saya lampirkan di sini kerana amat tertarik dengan kupasan isu elemen seram dalam filem Melayu.

Di Malaysia, para pembikin filem tempatan mengambil kesempatan dengan populariti filem seram kerana inilah yang akan menarik pengunjung pawagan buat masa kini. Pada tahun 2011 sahaja, hampir 90% dari filem yang ditayangkan di pawagan mempunyai elemen ini.

Namun begitu, telitilah artikel yang membawa kita memikirkan kembali sama ada perkembangan ini membawa kepada suatu yang positif atau tidak kepada masyarakat kita.

Saya sendiri bukanlah peminat filem seram Melayu tetapi populariti dua filem, "Hantu Kak Limah Balik Rumah" dan "Khurafat" membuatkan saya ingin tahu dan melihat sendiri apakah yang membuatkannya sungguh popular. "Hantu Kak Limah" sudah menjadi seolah-olah "pop culture" dan menjadi ikon perbualan ramai. "Khurafat" pula mencapai kutipan yang mengkagumkan.





Paling terbaru di pawagan buat masa ini ialak "Karak". Trailernya sahaja menggodak keinginan saya untuk menontonnya.

Cuma yang membuatkan saya terfikir, kalau betullah hantu dan jin boleh menyerupai apa sahaja kecuali yang tidak menakutkan, bagaimana pula dengan cerita dari mereka yang pernah melihat dengan mata kepala sendiri? Adakah mereka sengaja mereka cerita atau pun khayalan akibat terlalu percayakan elemen mistik?
Apakah pendapat anda?

1 comment: